Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.sar.kan] | مڽاسرکن

Definisi : 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.sar.kan] | مڽاسرکن

Definisi : 1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyasarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
operating system virusvirus sistem pengendalianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�.
sector virusvirus sektorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but.
genocidegenosidUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJenayah yang dilakukan dengan hasrat untuk memusnahkan sesuatu kumpulan nasional, etnik, bangsa atau agama, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Jenayah ini lazimnya menyasarkan anggota sesuatu kumpulan yang dilindungi, dan tindakan genosid merangkumi perbuatan membunuh, mendatangkan kemudaratan, mengenakan keadaan hidup yang dijangka akan membawa kemusnahan fizikal, mengenakan langkah untuk menghalang kelahiran, atau memindahkan dengan paksa kanak-kanak sesuatu kumpulan ke dalam kumpulan lain. Genosid boleh menjadi sebahagian daripada jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, dan boleh menjadi jenayah tersendiri. Triti yang diwujudkan bagi mengatasi jenayah ini ialah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
distinctive emblemlambang pembezaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTanda yang diiktiraf oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi membezakan pegawai perubatan dan agama, unit dan pengangkutan perubatan, kakitangan dan harta Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa daripada golongan penempur dan objek ketenteraan. Seseorang yang menyasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza telah dikira sebagai melakukan jenayah perang. Seseorang yang menyalahgunakan lambang pembeza juga dianggap telah melakukan jenayah perang. Antara lambang pembeza yang diiktiraf dalam undangundang kemanusiaan antarabangsa ialah palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah.

Kembali ke atas