yield | hasil | Kejuruteraan | Petroleum | Konsep untuk menyatakan mutu mineral lempung. Konsep ini menyatakan jumlah tong buburan yang dapat dihasilkan dari 1 tan lempung dengan nilai kelikatan tertentu. Berdasarkan tingkat hasil, lempung dapat dikelaskan kepada bentonit, hasil tinggi, hasil rendah dan sebagainya. |
plaint | puisi ratapan | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menyatakan perasaan yang sangat sedih, dijadikan doa atau nyanyian, dilafazkan berulang-ulang untuk menyatakan dukacita atau kesedihan. |
coronach | raung jenazah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menyatakan perasaan yang sangat sedih, dijadikan doa atau nyanyian yang dilafaz berulang-ulang bagi menyatakan dukacita atau kesedihan. |
pantomime | pantomim | Kesusasteraan | Tiada | 1. Lakonan atau hiburan yang pelakon-pelakonnya menyatakan fikiran dan aksi hanya melalui pergerakan.,2. Seni dan teknik menyatakan emosi atau perasaan melalui gerakan tanpa dialog. |
declaratory judgement | penghakiman perisytiharan | Undang-undang | Tiada | Penghakiman yang hanya menyatakan pendapat mahkamah tentang sesuatu isu atau yang mengisytiharkan hak sesuatu pihak tanpa menyatakan bagaimana pendapat atau hak itu boleh dikuatkuasakan. |
bai‘ amanah | jual beli amanah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang menyatakan unsur kos di dalam kontrak dan penjual hendaklah menyatakan kos yang sebenar. Contohnya, dalam akad jual beli bai‘ murabahah, harga ditetapkan berdasarkan kos ditambah dengan untung. Maka, kos tersebut ialah kos yang sebenar. Contoh lain bagi bai‘ amanah ialah bai‘ tauliah, bai‘ wadhi’ah dan bai‘ isyrak. |
duality principle | prinsip kedualan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Prinsip yang menyatakan bahawa bagi apa jua teorem dalam analisis litar elektrik, ada teorem kedualan yang boleh menggantikan kuantiti lain dengan kauntiti kedualan seperti arus dan voltan, impedans dan admitans, jaring dan nod. Prinsip yang menyatakan bahawa analogi boleh diambil antara suatu litar transistor dengan litar tiub vakum yang sepadan. Prinsip yang menyatakan bahawa penyelesaian persamaan Maxwell yang bahari boleh diperolehi daripada penyelesaian yang sedia ada dengan menggantikan keamatan medan elektrik E dengan kemaatan medan magnet H, H dengan -E, keterlusan e dengan ketelapan m dan m dengan e. |
ta‘yin bi al-dhikr | penentuan bersebut | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal menentukan pembelian atau penjualan sesuatu produk dengan menyatakan kebenaran secara jelas. Contohnya, penjual menyatakan spesifikasi produk yang hendak dijual atau pembeli menyebut sifat produk yang hendak diperoleh, bertujuan untuk mengelakkan ketidakpastian. Lihat juga ta‘yin bi al-wasf. |
adiabatic chart | carta adiabatik | Sains | Hidrometeorologi | Gambarajah yang digunakan untuk menyatakan keadaan termodinamik sebahagian atmosfera yang ditakrifkan dengan tiga pemboleh ubah, iaitu tekanan, suhu dan kelembapan, atau pemboleh ubah lain yang padanya menyatakan keadaan itu bergantung. |
Archimedean principle | prinsip Archimedes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Prinsip yang menyatakan bahawa apabila sesuatu pepejal terapung di dalam cecair, pepejal tersebut akan menyesarkan jumlah isi padu cecair yang sama dengan isi padu pepejal. Prinsip ini menyatakan bahawa daya apungan ialah berat bendalir yang disesarkan oleh pepejal darab pecutan. Pecutan ini mungkin berpunca daripada daya graviti atau daya empar. Daya apungan ini diungkapkan sebagai dengan FB = daya apungan, r = ketumpatan cecair, rs = ketumpatan pepejal, g = pecutan graviti atau empar. |