featherbedding | gaji buta | Ekonomi | Tiada | Amalan atau tindakan yang menyebabkan atau cuba menyebabkan majikan membayar untuk perkhidmatan yang tidak dilakukan. |
resonance transition | peralihan resonans | Matematik | Tiada | Perubahan keadaan tenaga sesuatu atom yang melibatkan lompatan dari keadaan asas kepada aras tenaga yang lebih tinggi, yang menyebabkan keadaan teruja, atau menyebabkan keadaan teruja kembali dan menghasilkan penyerapan resonans atau garis pancuran pada spektrum kepada keadaan asas. |
reversible change | perubahan boleh balik | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan yang dilaksanakan supaya sistem berada dalam keseimbangan pada sebarang masa dan penurunan yang sedikit pada faktor yang menyebabkan perubahan itu akan menyebabkan setiap ciri proses ke hadapan itu berbalik sepenuhnya. |
damage | kerosakan; rosak | Kejuruteraan | Tiada | Menyebabkan sesuatu objek tidak lagi sempurna atau menyebabkan sesuatu (perkakasan, perisiam dan sebagainya)hilang keupayaannya untuk menjalankan peranan biasanya. |
displacement injury of primary teeth | kecederaan tersesar gigi primer | Pergigian | Tiada | Trauma yang menyebabkan berlakunya kecederaan pada gigi desidus. Keadaan ini menyebabkan gigi tersesar dari tempat asalnya. Simptom lain yang boleh terjadi ialah gigi terfraktur dan laserasi tisu lembut di sekitar gigi. Rawatan penjajaran semula gigi dan diikuti dengan penspilinan gigi boleh dilakukan sekiranya gigi tersebut tidak tersesar jauh. |
deflective occlusal contact | sentuhan oklusi terpesong | Perubatan | Tiada | Keadaan sentuhan oklusi yang menyebabkan penyimpangan mandibel dari laluan penutupan normal ke posisi sentrik, boleh menyebabkan dentur berputar atau menggelongsor. |
broadcast storm | ribut siar | Teknologi Maklumat | Tiada | Siaran paket yang silap dalam rangkaian menyebabkan berbilang nod bertindak balas secara serentak, dan seterusnya menyebabkan rangkaian terbeban. |
Pathogen | Patogen | Pertanian | Tiada | Organisma atau agen yang menyebabkan penyakit pokok. Jenis patogen ialah kulat, bakteria atau virus. Contohnya virus mosaik tembakau (Tobacco Mozaic Virus –TMV), kulat Coletotrichum gloeosporioides yang menyebabkan penyakit antraknos pada bunga pokok mangga dan penyakit layu Fusarium (layu Panama) oleh kulat Fusarium oxysporum pada pokok nangka. |
short squeeze | tekanan singkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Situasi harga sekuriti naik dengan mengejut menyebabkan penjual pendek cuba menutup kedudukannya dengan membeli semula sekuriti berkenaan secara cepat sehingga menyebabkan harga terus naik. |
inhibitor | perencat | Perubatan | Tiada | Bahan kimia atau ubat yang bertindak pada reseptor dalam badan dengan menghalang tindakan rangsangan bahan aktif terhadap reseptor tersebut. Hasilnya menyebabkan kesan bahan aktif tersebut berkurangan atau hilang. Sebagai contoh, adrenalina merangsang reseptor beta jantung lalu menyebabkan takikardia dan Propranolol yang merencat reseptor tersebut akan menyebabkan bradikardia. |