dive instructor | pengajar selam | Perikanan | Tiada | Pakar bertauliah yang mengajar teknik menyelam dengan betul kepada penyelam. Pengajar ini mempunyai kuasa untuk memperakukan penyelam bagi mendapatkan sijil menyelam daripada badan persijilan antarabangsa seperti PADI (Professional Association of Diving Instructors), NAUI (National Association Underwater Instructors) dan SSI (Scuba School International). |
aqua diving | menyelam | Pendidikan | Tiada | Tiada |
aqua diving | menyelam | Sukan | Tiada | Tiada |
snorkeling | selam permukaan | Perikanan | Tiada | Aktiviti menyelam di permukaan air dengan menggunakan peralatan snorkel, iaitu topeng selam, tiub snorkel dan sirip selam. Penyelam menggunakan tiub snorkel untuk bernafas di dalam air, sirip selam untuk memudahkan pergerakan di dalam air dan topeng selam untuk melihat persekitaran di bawah permukaan laut. |
fun dive | selam ria | Perikanan | Tiada | Aktiviti menyelam yang dilakukan untuk tujuan bersantai secara berkumpulan. |
scuba diving | selam skuba | Perikanan | Tiada | Aktiviti menyelam dengan menggunakan peralatan skuba yang lengkap. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara berkumpulan yang diketuai oleh seorang ketua penyelam. |
skin diving | selam tanpa skuba | Perikanan | Tiada | Aktiviti menyelam secara biasa yang tidak menggunakan peralatan skuba tetapi penyelam masih menggunakan snorkel, topeng muka dan kaki sirip. Aktiviti ini biasanya dilakukan pada kedalaman tertentu mengikut ketahanan pernafasan penyelam. |
scuba death | kematian scuba | Kimia | Forensik | Kematian akibat menyelam laut dalam, timbul terlalu cepat ke permukaan air. Keadaan ini berlaku kerana tekanan luar menurun dengan cepat lalu menyebabkan nitrogen terlarut menggelembung keluar dari cecair badan, dan seterusnya menyekat kapilari darah serta menyebabkan sakit teruk pada otot dan sendi, pengsan, paralisis dan kematian. |
snorkeling | selam snorkel | Sukan | Tiada | Aktiviti berenang dan menyelam dalam air dengan menggunakan kaki sirip dan snorkel berbentuk J, yang terdiri daripada gogal, penutup hidung dan tiub yang hujungnya dimasukkan ke dalam mulut dan menganjur ke atas permukaan air. Snorkel ini berfungsi sebagai alat bantuan pernafasan ketika di dalam air. |
dive site | tapak selam | Pelancongan | Tiada | Kawasan atau tempat menyelam yang menjadi pilihan penyelam skuba untuk berekreasi sambil menikmati persekitaran bawah air. |