greenhouse sowing | penyemaian rumah kaca | Landskap | Tiada | Proses menyemai bahagian tumbuhan atau biji benih da lam rumah kaca. |
seed broadcast | tabur biji benih | Pertanian | Agronomi | Aktiviti menyemai biji benih secara tabur dalam batas atau petak bagi tujuan percambahan dan pertumbuhan anak benih. |
nursery | batas semaian | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Jalur tanah yang disediakan untuk menyemai anak benih. |
seedbed | batas biji benih | Geografi | Tiada | Tapak khusus yang disediakan khas untuk menyemai biji benih. |
basal fertilizer | baja asas | Pertanian | Agronomi | Baja yang digunakan semasa atau sebelum menyemai sesuatu tanaman. Baja asas membekalkan unsur nitrogen, fosforus dan kalium sebagai nutrien keperluan utama dan juga unsur lain seperti magnesium, sulfur dan kuprum sebagai nutrien sampingan. Baja asas boleh dibekalkan dalam bentuk tak organik seperti urea (N), superfosfat (P) dan muriat potash (K) atau daripada baja organik seperti najis haiwan dan kompos. Kapur juga perlu diberi sekiranya pH tanah terlalu rendah supaya pH tanah tidak kurang daripada 5.5. |
seed health | kesihatan biji benih | Pertanian | Agronomi | Status kesihatan dan kualiti biji benih semasa kerja menyemai untuk menjamin hasil tanaman. Biji benih yang sihat digunakan perlu bebas dari sebarang penyakit serta serangan makhluk perosak atau patogen sebelum biji benih tersebut ditanam. |
seed nursery | semaian biji benih | Pertanian | Agronomi | Kemudahan seperti tapak, rumah lindungan dan sistem pengairan yang digunakan untuk menyemai biji benih. Kemudahan ini membolehkan anak benih dijaga dengan sempurna semasa tahap membesar. Apabila sesuai, anak benih dipindahkan ke ladang. Contohnya, anak benih padi disemai di tapak semaian, kemudian diubah pula ke sawah. |
sand culture | kultur pasir | Pertanian | Agronomi | Penanaman yang menggunakan pasir halus sebagai medium. Kaedah ini digunakan untuk mencambahkan biji benih atau menyemai keratan. Bahan asing dibersihkan daripada pasir sebelum pasir itu dapat digunakan untuk penanaman. Faedah penggunaan kultur pasir ialah kosnya yang rendah dan boleh mengelakkan keadaan terlalu lembab yang menggalakkan jangkitan kulat. |
kui | kui | Muzik | Tiada | Muzik vokal kaum Kenyah-Badang di Sarawak yang dipersembahkan sebelum proses menyemai benih padi. Kui dinyanyikan oleh penyanyi solo lelaki dan korus. Persembahan ini melibatkan semua penduduk rumah panjang yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Dalam lagu ini, penyanyi memberi hormat kepada dewa padi dan memohon hasil tanaman yang baik. Sinonim kue. |
opening remark | kata alu-aluan | Komunikasi | Korporat | 1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung d |