Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menyerang balik (pihak musuh, penentang dsb) yg telah melakukan serangan (kecaman dsb): pasukan keĀ­selamatan telah bersedia utk ~ serangan musuh itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menyerang balik pihak lain atau musuh yg telah melakukan serangan: Pihak tentera telah bersedia utk ~ pihak musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterattackserang balasSejarahTiadaPerbuatan menyerang balas musuh dengan menggunakan taktik dan objektif tertentu.
counterrevolutionrevolusi balasSejarahTiadaRevolusi yang menentang atau menyerang balas revolusi yang ada atau revolusi sebelumnya.
ippon kumiteadu selangkahSukanTiada, penyerang maju selangkah dan menyerang. Yang diserang mundur atau ke sisi sambil menangkis dan menyerang balas.
nihon kumiteadu dua langkahSukanTiada, penyerang maju dua langkah sambil menyerang pada tiap-tiap langkah. Yang diserang undur dua langkah sambil menangkis dan menyerang balas selepas tangkisan kedua.
sanbon kumiteadu tiga langkahSukanTiada, penyerang maju tiga langkah sambil menyerang pada tiap-tiap langkah. Yang diserang undur tiga langkah sambil menangkis dan menyerang balas selepas tangkisan ketiga.
zanshinsiap siagaSukanTiadaKeadaan penyerang boleh terus-menerus menyerang tanpa memberi peluang lawannya menyerang balas, atau keadaan yang diserang boleh bertindak balas terus-menerus dengan spontan sebaik sahaja penyerang tamat menyerang.
defensive strategystrategi bertahanPengurusanPerancanganPendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sebagai tindak balas untuk melindungi kedudukan perniagaan berikutan tindakan atau ancaman pesaing. Strategi bertahan boleh dilakukan dengan cara menghalang langkah-langkah pihak lawan atau menyerang balas tindakan pesaing. Contohnya, strategi bertahan yang dilakukan oleh syarikat X berikutan promosi agresif oleh syarikat pesaing Y atau sebaliknya.
hacktivistahli godamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau masyarakat dan media massa terhadap pandangannya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut.
free radicalradikal bebasBiologiGenetikMolekul tak stabil, mempunyai tindak balas tinggi dan membawa atom yang mengandungi elektron yang tidak berpasangan, yang menyerang secara rambang struktur organik termasuk DNA.
reagentreagenKimiaTiadaSebatian kimia yang molekul, ion atau radikal bebasnya dianggap sebagai spesies penyerang dalam tindak balas kimia. Misalnya, bromin yang menyerang etena untuk membentuk 1,2-dibromoetana.
12

Kembali ke atas