Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru] | مڽرو

Definisi : memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru] | مڽرو

Definisi : 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seru1
Kata Terbitan : berseru, menyeru, menyerukan, seruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paeanpaeanKesusasteraanTiadaNyanyian untuk Dewa Apollo dan menyeru namanya sebagai dewa-dewa perubatan yang mengubati dengan kuasa ghaib.
incantationmanteraKesenianDrama dan TeaterBentuk seni pengucapan bersifat mistik dan ungkapan hikmat secara berpuisi untuk menyeru makhluk halus yang mengisi alam semesta bagi memulihkan semangat manusia. Pengucapan mantera dalam sesebuah persembahan tradisi merupakan pemula dan penutup persembahan dan hanya dilakukan oleh pemain yang bertaraf bomoh dan pawang seperti Tok Dalang, Tok Peteri dan Tok Bageh.
International SocialismSosialisme AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang menyatakan sosialisme sepatutnya berlaku ekoran revolusi antarabangsa. Pada tahun 1848, Marx dan Engels telah menyeru supaya pekerja daripada semua negara bersatu. International Working-men�s Association (First International) ditubuhkan oleh Marx pada tahun 1876 yang kemudian dibubarkan oleh beliau sendiri. Second International ditubuhkan pada tahun 1889 yang keahliannya merangkumi sosialis berfahaman Marxis dan bukan Marxis. Pertubuhan ini gagal kerana majoriti sosialis lebih mementingkan usaha negara masing-masing dalam Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1914. Third International ditubuhkan pada tahun 1919 tetapi dibubarkan pada tahun 1943. Di Kesatuan Soviet, doktrin rasmi negara tersebut pernah mempromosikan fahaman tersebut di seluruh dunia sebelum keruntuhan komunisme.
Monroe DoctrineDoktrin MonroeSains PolitikHubungan AntarabangsaPrinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat.

Kembali ke atas