Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.sip] | مڽيسيڤ

Definisi : 1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.sip] | مڽيسيڤ

Definisi : 1 ada di celah dua benda; menyelit: Sekeping gambar ~ di dlm bukunya. 2 mengganti sesuatu yg la­ma dgn yg baru (atap, papan dsb). 3 mengganti tanaman yg mati dgn yg segar. 4 masuk di celah-celah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyisip

Peribahasa

Menyisip keris tak bersarung di pinggang.

Bermaksud :

Memelihara anak tanpa memberi ilmu pengetahuan akhirnya menyusahkan ibu bapanya juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menyungkitmenyungkitKesenianTiadaProses menyisip lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan ditenun dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenun songket.
menyongketmenyongketKesenianTiadaProses menyisip lidi songket pada benang lungsin untuk membentuk corak yang akan ditenun dengan benang emas. Proses ini hanya dilakukan untuk tenunan songket.
pelepihanpelepihanKesenianTiadaProses menyisip helaian yang berlebihan ke dalam badan anyaman.
GraftingCantumanPertanianTiadaProses menyisip atau melekapkan sion pada pokok penanti. Kaedah ini boleh dibuat dengan menggunakan tunas pucuk atau kepingan batang yang mengandungi mata tunas daripada tanaman terpilih kepada pokok penanti. Tujuan utama proses ini adalah untuk menghasilkan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pokok induk dan mempercepatkan pengeluaran buah. Contohnya kaedah ini digunakan untuk mengekalkan ciri-ciri durian D24
underplantingtanam bawahLandskapTiadaKerja menyisip tumbuhan rendah di bawah pokok yang lebih tinggi.
underplantingtanam bawahLandskapTiadaKerja menyisip tumbuhan rendah di bawah pokok yang lebih tinggi.
piped seamkelim kun alurKesenianTiadaKelim yang dihias dengan menyisip jalur serong di antara kepingan fabrik sebelum dijahit.
receptor elementunsur reseptorBiologiGenetikUnsur kawalan yang berupaya untuk menyisip masuk ke dalam sesuatu gen untuk menghasilkan mutasi dan juga berupaya untuk keluar daripada sesuatu gen dan menghasilkan mutasi yang tak stabil. unsur pengawal atur.
piped seamkelim kun alurPentadbiran PerniagaanTiadaKelim yang dihias dengan menyisip jalur serong di antara kepingan fabrik sebelum dijahit.
sisipsisipKesenianTiada2. Teknik menyambung helaian atau bilahan yang pendek dengan menyisip bilahan atau helaian tersebut pada celah mata anyam.
12

Kembali ke atas