Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sur] | مڽوسور

Definisi : 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,

Puisi
 

Musang jebat menyusur akar,
     Murai berkirai bulu dadanya;
Hujan ribut padang terbakar,
     Embun setitik padam baranya.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.

Bermaksud :

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
longshore transporthanyutan menyusurPerikananTiadaTiada
lelingkuplelingkupKesenianTiadaMotif anyaman berunsur haiwan berbentuk ulur menyusur.
handrailsusur tangan; penggayut; selusurKesenianTiadaSusur tangan: Bahagian untuk menyusur tangan, biasanya pada tangga, jerjak dan sebagainya.
rolling loadbeban bergulingKejuruteraanTiadaBeban terpumpun atau teragih yang bergerak menyusur struktur, seperti kereta yang lalu di atas jambatan. Sinonim: beban bergerak.
kelarai lipuh(Du., Kdz.)kelarai lipuh(Du., Kdz.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur haiwan berbentuk ular menyusur. Di Sarawak dikenali dengan nama lelingkup. lelingkup
deceleration lanelorong nyahpecutanKejuruteraan AutomotifTiadaLorong yang disediakan di lebuh raya laju untuk kenderaan yang hendak menyusur keluar dengan tujuan mengurangkan beza laju.

Kembali ke atas