Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rah.sia.kan] | مرهسياکن

Definisi : tidak memperlihatkan (mem­beri­tahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rah.sia.kan] | مرهسياکن

Definisi : tidak diberitahukan; menyimpan atau menyembunyikan sesuatu sbg rahsia: Mereka masih ~ hasil rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahsia (adjektif)
1. Bersinonim dengan sulit: asrar, sir, makhfi, tersembunyi, tersorok,

2. Bersinonim dengan senyap-senyap: diam-diam, gelap, haram,

Kata Terbitan : merahsiakan,

Peribahasa

Menyuruk (menyorok) hilang-hilang,
     memakan habis-habis.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
promise of secrecyjanji merahsiakanUndang-undangTiadaTiada
concealmentpenyembunyianSejarahTiada1. Perihal bersembunyi atau merahsiakan hal-hal penting tentang urusan sulit.,2. Tempat persembunyian, biasanya digunakan oleh pihak tentera sebagai taktik peperangan.
nonsecret encoding schemeskema pengekodan bukan rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik pengekodan yang dilakukan bukan untuk tujuan merahsiakan mesej atau data seperti pengekodan Huffman. Pengekodan ini bertujuan untuk memberi pemampatan kepada data agar dapat mengurangkan lebar jalur yang diperlukan untuk komunikasi. Data yang dikod menggunakan teknik ini boleh dikembalikan semula ke bentuk asal dengan mudah.
Hamburg edgingstrimin HamburgKesenianTiadaJenama utama trimin bersulam buatan Switzerland dan dieksport ke Amerika Syarikat melalui Hamburg, Jerman pada pertengahan abad ke-19. Untuk merahsiakan tempat asal pengeluaran trimin ini daripada pesaing-pesaing, maka nama trimin Hamburg digunakan sempena nama bandar Hamburg.
state's righthak negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh pemerintah sebagai institusi yang berkuasa dan berdaulat untuk memelihara kepentingan nasional atau orang ramai. Hak negara terdiri daripada hak untuk membuka tanah dan membangunkan negara, hak dalam menguasai perbendaharaan dan kekayaan negara, hak merahsiakan maklumat sulit dan hak mengadakan pilihan raya. Hak ini dipelihara untuk mengawal keselamatan, memelihara kepentingan ekonomi dan juga mengawasi pembangunan sosial masyarakat negara supaya tidak terjejas. Contohnya, hak negara Malaysia untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah suatu hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kembali ke atas