Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.ka/] | مرڠکق

Definisi : 1. berjalan dgn ber­tumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.ka/] | مرڠکق

Definisi : 1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkak
Kata Terbitan : merangkak, merangkak-rangkak, merangkaki,

Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crawlingmerangkak (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
crawlingmerangkakKomunikasiTiadaLihat: rangkak.
crawlingmerangkak (P.JAS)KejuruteraanTiadaTepekan: Kecacatan pada licau yang tidak lengkap menutupi permukaan jasad yang disebabkan oleh perbezaan pekali dan pengembangan terma yang tinggi di antara jasad dengan licau.
play-penkandang mainPentadbiran PerniagaanTiadaKepungan yang kecil dan mudah alih, tempat bayi bermain dengan selamat, merangkak dan sebagainya.
crawlrangkakKomunikasiTiadaKaedah menyiarkan maklumat dalam bentuk grafik secara pergerakan perlahan sama ada melintang atau menegak pada skrin televisyen atau layar filem. merangkak. Lihat juga: tajuk gulungan.
botbotTeknologi MaklumatPerisianPerisian aplikasi yang melaksanakan tugas secara automatik pada Internet. Perisian ini biasanya melaksanakan tugas yang mudah dan berulang-ulang secara berstruktur. Penggunaan perisian ini dilakukan secara meluas dalam perangkak web dengan menganalisis maklumat fail seperti e-mel daripada pelayan web. Setiap pelayan boleh mempunyai satu fail, iaitu robots.txt yang mengandungi peraturan untuk merangkak pelayan tersebut.

Kembali ke atas