Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : , merasaikan selalu men­derita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg di­rasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, seng­sara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balas­an kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak me­ngetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, meng­kaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg ter­kandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasai­nya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barognosisbarognosisPerubatanTiadaKeupayaan untuk merasai berat sesuatu jasad. Bdg. baragnosis.
altered tactiletaktil terubahPerubatanTiadaKeupayaan merasai sentuhan yang berubah akibat gangguan deria taktil.
baragnosisbaragnosisPerubatanTiadaKehilangan upaya untuk merasai berat sesuatu jasad. Bdg. barognosis.
appreciatemenikmatiKesusasteraanTiadaMenikmati: Mengecapi, mengalami atau merasai sesuatu yang sedap, nyaman dan sebagainya.
anhedoniaanhedoniaPerubatanTiadaKeadaan tiadanya upaya untuk merasai kebahagiaan atau kenikmatan yang lazim.
altered tasterasa terubahPerubatanTiadaKeupayaan deria rasa untuk merasai manis, pahit, masam, atau masin yang berubah akibat gangguan pada reseptor gustatori.
baptism of firepertempuran sulungSejarahTiadaPengalaman pertama seorang tentera menempuh atau merasai pertempuran terbuka dengan musuh.
hallucinationhalusinasiPsikologiPsikologi UmumPengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau.
comfort zonezon selesaGeologiTiadaIstilah bioklimatologi menghalkan julat suhu dan kelembapan dalam mana manusia merasai keselesaan.
antenatal abdominal palpationpalpasi abdomen antenatalKejururawatanTiadaPemeriksaan abdomen ibu yang berbaring, yang dilakukan dengan menggunakan tapak jari untuk merasai kedudukan janin.
12

Kembali ke atas