depersonalization | depersonalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan mental yang menyebabkan individu tidak merasakan kewujudan dirinya malah merasakan dirinya seperti telah mati. Contohnya, individu menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada alat mesin yang tidak mempunyai perasaan. |
sensibility | daya kederiaan | Kesusasteraan | Tiada | Kesanggupan merasakan sebagai bertentangan dengan rasionalisme. |
ballottement | balotemen | Perubatan | Tiada | Teknik untuk merasakan objek yang bergerak di dalam badan, khasnya untuk mengesahkan kehamilan. |
paraschemazia | paraskemazia | Perubatan | Psikiatri | Keadaan apabila seseorang merasakan badannya seakan-akan mengherot. |
depersonalization | depersonalisasi | Perubatan | Tiada | Keadaan mental, dengan subjek itu merasakan bahawa dia tidak wujud. |
impostor syndrome | sindrom ragu diri | Psikologi | Tiada | Perasaan seseorang yang merasakan bahawa pencapaian atau kejayaan yang diperolehnya tidak benar atau tidak layak. |
pay compression | himpitan gaji | Pentadbiran | Tiada | Situasi yang berlaku apabila pekerja merasakan jurang gaji di antara gaji yang diperolehnya dengan yang diperoleh orang lain yang berpangkat tinggi dan rendah daripadanya adalah terlalu kecil. |
depression | kemurungan | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi. |
smart aleck | poyo | Umum | Tiada | Berkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain. |
separation | pengasingan | Pentadbiran | Tiada | Perasaan dan sikap pekerja yang tidak berpuas hati, dan merasakan seolah-olah segala kerja yang dilakukan tidak mendapat perhatian pihak pengurusan tempat ia bekerja. |