Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta.ra.ta] | مرات - رات

Definisi : serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta.ra.ta] | مرات - رات

Definisi : tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta.ra.ta] | مرات - رات

Definisi : terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Matilah kuman kena pelantik,
     sekalian alam melimpah darahnya.

Bermaksud :

Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patch plantingtanam tompokLandskapTiadaPenanaman yang tidak sekata, tidak lengkap atau merata-rata.
patch plantingtanam tompokLandskapTiadaPenanaman yang tidak sekata, tidak lengkap atau merata-rata.
weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).
agit-propagit-propKesenianDrama dan TeaterDrama propaganda politik yang tidak menekankan nilai artistik dan boleh dipersembahkan di merata-rata tempat. Drama teater jenis ini diperkenalkan di Rusia selepas penubuhan Department of Agitation and Propagandapada tahun 1920.
dicoumarol poisoningkeracunan dikumarolKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan berlebihan dikumarol (bishidroksikumarin), iaitu ubat yang digunakan sebagai antikoagulan dan rodentisid. Kematian mungkin teljadi selepas pengambilan dos harian berulang sebanyak 100 mg. Tanda utama keracunan ialah perdarahan. Keracunan akut menyebabkan hemoptisis, hematuria, tinja berdarah, perdarahan dalam organ, lebam di merata-rata badan, dan perdarahan ke dalam ruang-ruang sendi.

Kembali ke atas