resisting | merintang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
viscosity | kelikatan | Kimia | Tiada | Sifat bendalir yang merintang pengaliran di dalam cecair atau gas disebabkan geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak. Sekiranya lapisan-lapisan bendalir bergerak dengan kelajuan yang berbeza, daya likat akan memperlahankan pergerakan lapisan yang laju dan mencepatkan lapisan yang perlahan. Kelikatan bendalir berkurangan apabila suhu meningkat. |
viscosity | kelikatan | Hidrologi | Tiada | Sifat bendalir untuk merintang pericihan apabila adanya gradien halaju. Sifat ini biasanya dinyatakan sebagai koefisien kelikatan. |
transverse ridge | batas lintang | Perubatan | Tiada | Batas yang merintang permukaan oklusal gigi pramolar bawah dan menghubungkan apeks kuspa bukal dan lingualnya. |
drag force | daya hela | Mekanik | Gunaan | Daya geseran yang merintang gerakan di dalam bendalir. Kajian yang melibatkan daya hela amat penting dalam bidang mekanik bendalir. |
viscosity | kelikatan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Sifat bendalir yang merintang pengaliran dalam cecair atau gas disebabkan oleh geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak. Kelikatan berkurangan apabila suhu meningkat. Kelikatan boleh diukur dengan menggunakan viskometer dan berunit Poise. |
shock resistance | rintangan kejutan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keupayaan bahan merintang daya hentakan yang dikenakan secara serta merta. Nilai keupayaan ini dijadikan ukuran keliatan kayu. |
modulus of elasticity | modulus kekenyalan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keupayaan kayu merintang canggaan apabila dikenakan daya atau beban, dan nilainya dapat ditentukan melalui ujian lentur piawai. Nilai modulus kekenyalan digunakan untuk mengira canggaan dan menentukan ketegaran kayu, dan nilainya yang tinggi menunjukkan nilai ketegaran kayu yang tinggi. |
dead burn | bakar lengai | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengolah bahan bagi menghasilkan bahan refraktori tumpat yang merintang penghidratan atmosfera atau gabungan semula dengan karbon dioksida. |
fire retardent test | ujian rintangan kebakaran | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ujian untuk menentukan keupayaan kayu merintang kebakaran. Kayu yang diuji diawet dengan bahan cegah kebakaran dan diletakkan di atas nyala api yang dikawal dalam kabuk khas. Kehilangan berat dan suhu dicatat pada sepanjang tempoh ujian. Ada beberapa kaedah yang digunakan, iaitu ujian rintangan kebakaran tiub dan ujian rintangan kebakaran pintu kayu. |