symbiosis | simbiosis | Perubatan | Tiada | Perdampingan hidup antara dua organisma yang berlainan. Perdampingan ini mungkin boleh: (a) menguntungkan kedua-dua pihak (mutualisme), (b) menguntungkan satu pihak sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (komensalisme), (c) menguntungkan tanpa satu pihak, tetapi merugikan pihak yang satu lagi (parasitisme), (d) merugikan satu pihak tanpa sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (amensalisme), (e) merugikan kedua-dua pihak (sinnekrosis). |
adverse concequences | akibat buruk; akibat merugikan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
business failure | gagal niaga | Pentadbiran | Tiada | Usaha perniagaan yang merugikan. |
pest | perosak | Biologi | Patologi | Organisma yang menganggu, merosakkan dan merugikan manusia, ternakan dan benda lain secara langsung atau tidak. Perosak termasuklah patogen, nematod, serangga, rumpai, haiwan besar seperti tikus dan gajah. |
barratry | baratri | Pelayaran | Tiada | Perbuatan yang dilakukan oleh nakhoda atau anak kapal yang merugikan pemilik kapal, penyewa atau pengeluar insurans seperti melarikan, meninggalkan atau menenggelamkan kapal. |
advantage rule | peraturan advantej | Sukan | Tiada | Wisel tidak dibunyikan terhadap kesalahan yang akan merugikan pihak lawan. |
churn rate | kadar pulangan pelanggan | Teknologi Maklumat | Tiada | Kadar langganan klien yang membatalkan langganan untuk mendapatkan langganan perkhidmatan daripada syarikat lain. Kadar yang tinggi merugikan syarikat kerana perbelanjaan untuk menarik pelanggan baru melalui iklan dan pemasaran lebih tinggi. Sinonim pulangan pelanggan |
fraudulent misrepresentation | salah nyata tipuan; salah nyata fraud | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kenyataan yang sengaja dipalsukan bertujuan supaya orang lain bertindak ke atas kenyataan tersebut yang boleh merugikan mereka atau kenyataan yang dibuat secara lalai atau cuai tanpa mengambil kira sama ada kenyataan itu benar atau palsu. |
abuse of power | penyalahgunaan kuasa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Penggunaan kuasa secara tidak sah. Situasi ini wujud apabila pihak yang memiliki kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk mengeksploitasi keadaan atau merugikan pihak lain tanpa boleh dijustifikasikan. Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku apabila pihak berkuasa tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mengadili pihak yang menyebabkan eksploitasi, kecederaan atau kerugian kepada pihak lain. |
actionable subsidies | subsidi boleh diambil tindakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bantuan yang diberikan kerajaan kepada pengeluar tempatan, sama ada syarikat atau industri, selain daripada subsidi dilarang dan subsidi tidak boleh diambil tindakan. Subsidi boleh diambil tindakan timbul jika terdapat bukti subsidi tersebut merugikan industri tempatan negara lain, mengurangkan manfaat yang didapati oleh negara lain daripada penurunan tarif negara pemberi subsidi atau mendatangkan kemudaratan serius kepada kepentingan negara lain. Contohnya, kerajaan negara X memberikan lembu susu percuma kepada pengeluar susu tertentu di Negara tersebut. Jika susu itu dieksport ke negara Y pada harga yang tidak dapat disaingi oleh pengeluar negara Y, bantuan lembu susu tersebut boleh dianggap sebagai subsidi boleh diambil tindakan. |