environmental friendly oil | minyak mesra alam | Umum | Tiada | Tiada |
environmental friendly oil | minyak mesra alam | Umum | Tiada | Tiada |
sustainable agriculture | pertanian mapan | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pertanian yang menggunakan kaedah yang mesra alam dan menggunakan sumber asli secara kitar semula, mengurangkan penggunaan bahan kimia termasuk baja, racun rumpai dan perosak. Sistem pertanian ini juga menekankan kawalan perosak dan penyakit dengan kaedah kawalan biologi dan menggunakan konsep ekologi. Selain itu, ia menekankan kualiti kehidupan petani dan masyarakat keseluruhannya dengan menghasilkan bahan pertanian yang selamat digunakan. Sinonim pertanian lestari. |
organic farming | perladangan organik | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Sistem perladangan alternatif yang mesra alam. Perladangan organik melibatkan kaedah penanaman dan penternakan yang tidak menggunakan racun perosak, baja sintetik, organisma diubah suai secara genetik, antibiotik dan hormone pertumbuhan. Perladangan organik menggunakan baja organik seperti baja kompos, najis dan tulang. Perladangan jenis ini menekankan penggunaan teknik seperti pergiliran tanaman dan penanaman regu serta penggunaan kawalan perosak secara biologi. |
ecopreneur | ekousahawan | Perniagaan | Tiada | Individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang mesra alam. |
green technology | teknologi hijau | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penghasilan produk atau pengeluaran yang mapan, dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, bersifat mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran persekitaran. Dari aspek pertanian, teknologi hijau ialah sistem pengeluaran tanaman yang mengelakkan penggunaan bahan kimia sintetik sebagai baja, racun herba serta racun perosak dan agen penyakit. Sebaliknya, teknologi hijau pertanian menggunakan bahan organik daripada sisa tanaman dan haiwan sebagai baja dan menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengelakkan perosak dan penyakit. Kaedah ini dapat mengelakkan pencemaran air dengan bahan kimia daripada baja dan racun. Selain itu, amalan sistem tanaman bercampur dan tanaman berpusingan digunakan untuk mengurangkan risiko serangan perosak dan penyakit berbanding dengan tanaman tunggal. |
permaculture | permakultur | Pertanian | Agroteknologi | Satu cabang reka bentuk dan kejuruteraan ekologi termasuk pembinaan dan pengurusan sumber air bersepadu yang bertujuan membangunkan sistem habitat lestari serta sistem pertanian lestari yang berasaskan ekosistem semula jadi dan mesra alam. Tiga prinsip permakultur ialah memelihara bumi, memelihara manusia dan mengitar semula hasil lebihan. Dalam permakultur, sesuatu kawasan direka bentuk supaya terdapat integrasi antara unit seperti unit pertanian, unit pemprosesan, unit pemasaran dan semua bahan input berada di dalam kawasan itu sendiri. |
biocontrol agent | agen biokawalan | Pertanian | Agroteknologi | Organisma yang dapat digunakan untuk mengawal serangga perosak dan penyakit. Contohnya, kumbang kura-kura boleh mengawal populasi afid kerana ia merupakan musuh semula jadi afid. Contoh lain ialah burung hantu yang dapat mengawal populasi tikus di kawasan padi dan kelapa sawit. Kaedah agen biokawalan adalah mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan kimia dan sasarannya hanya kepada makhluk perosak. |
crop protection | perlindungan tanaman | Pertanian | Agronomi | Langkah-langkah yang diambil untuk memastikan tanaman dalam keadaan selamat daripada serangan musuh yang merangkumi serangga perosak, tikus, burung dan agen penyakit seperti kulat, bakteria dan virus. Selain itu, rumpai juga dianggap sebagai musuh tanaman dan perlu dikawal untuk mengelak persaingan tanaman. Perlindungan tanaman boleh dilaksanakan dengan beberapa pendekatan termasuk penggunaan racun perosak, kawalan biologi, kaedah penghindaran, kaedah amalan ladang dan bioteknologi. Penggunaan racun perosak merupakan cara yang mudah dilakukan tetapi mempunyai risiko keracunan dan melibatkan kos yang tinggi. Kaedah biologi merupakan kaedah mesra alam seperti memelihara burung pungguk untuk mengawal tikus bendang atau menanam serai wangi untuk menjauhkan serangga. Kaedah bioteknologi pula menjadikan tanaman rentan terhadap penyakit secara kejuruteraan genetik. |
carbon footprint | cap kaki karbon | Pertanian | Agroteknologi | Kuantiti gas rumah hijau termasuk karbon dioksida dan metana yang terhasil akibat daripada proses mengeluarkan sesuatu produk, termasuk hasil pertanian. Ia dikira dengan mengukur kuantiti gas yang tercetus daripada aktiviti seperti membajak tanah, mengaplikasi baja, meracun rumpai dan menuai pokok. Cap kaki karbon bersih merupakan jumlah gas yang dihasilkan tolak gas karbon dioksida yang diserap oleh tanaman dalam proses fotosintesis sepanjang kehidupan tanaman tersebut. Kaedah pengeluaran tanaman yang efisien dan mesra alam adalah yang mempunyai cap kaki karbon yang kecil. |