symbol | simbol | Matematik | Tiada | Tanda, huruf atau rajah yang mewakili objek atau benda yang sebenar. Misalnya p, q, r, ... mewakili anu; 7, 8, 9, ... mewakili nombor; ∆ mewakili segi tiga; + mewakili operasi bahagi; RM mewakili Ringgit Malaysia. |
synecdoche | sinekdoki | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya. Contohnya, satu kepala mewakili seorang. Dalam fiksyen Dickens, beliau kerap menggunakan bahagian tubuh badan untuk mewakili watak. Contohnya, watak Mrs. Merdle dalam karyanya bertajuk Little Dorrit disebut The Bosom. Dalam pertuturan popular, Liverpool bermaksud pasukan bola sepak dari bandar tersebut. Sinekdoki juga terdapat dalam bahasa wartawan. Contohnya, Moscow bermaksud kerajaan Soviet. Sinekdoki dibina melalui beberapa cara, iaitu yang umum mewakili yang khas, seperti �law� untuk seseorang polis, dan yang khas mewakili yang umum seperti �strings� untuk �string instruments�. |
access matrix model | model matriks capaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Model capaian yang menggunakan baris mewakili subjek dan lajur mewakili objek dengan keistimewaan yang tersenarai dalam setiap set. Contoh subjek ialah pengguna atau proses, dan objek ialah hak keistimewaan. |
influence line | garis imbas | Mekanik | Gunaan | Garis graf yang mewakili perubahan daya ricih atau momen lentur apabila beban unit merentasi rasuk. Absisa graf itu mewakili kedudukan beban unit, sementara ordinatnya mewakili daya ricih atau momen lentur pada keratan yang berkenaan [Rajah G6]. |
phasor | fasor | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Garis berputar yang digunakan untuk mewakili kuantiti yang berubah secara sinusoidal. Panjang garis tersebut mewakili magnitud kuantiti dan sudut antara garis dengan paksi x mewakili fasa pada setiap ketika. 2. Apa jua kuantiti (nombor kompleks) seperti impedans dan admintans. |
pictogram | piktogram | Teknologi Maklumat | Tiada | Rajah atau carta yang mewakili data statistik dengan gambar. Bilangan gambar pada suatu bar mewakili kuantiti data. Misalnya ikon ikan digunakan untuk menunjukkan data statistik tangkapan nelayan bagi sepanjang tahun. Lazimnya penunjuk disediakan untuk membolehkan pembaca memahami data statistik yang diwakili oleh gambar misalnya satu ikon ikan mewakili 100 tan ikan. |
pictogram | piktogram | Teknologi Maklumat | Tiada | Rajah atau carta yang mewakili data statistik dengan gambar. Bilangan gambar pada suatu bar mewakili kuantiti data. Misalnya ikon ikan digunakan untuk menunjukkan data statistik tangkapan nelayan bagi sepanjang tahun. Lazimnya penunjuk disediakan untuk membolehkan pembaca memahami data statistik yang diwakili oleh gambar misalnya satu ikon ikan mewakili 100 tan ikan. |
decimal number | nombor perpuluhan | Matematik | Tiada | Nombor yang mewakili pecahan dengan penyebut yang bernilai kuasa 10. Sesuatu nombor perpuluhan terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan dengan satu titik perpuluhan. Bahagian di sebelah kiri mewakili satu integer, manakala bahagian di sebelah kanan mewakili bahagian pecahan. Setiap tempat di sebelah kanan dikenali sebagai tempat perpuluhan. |
makara | makara | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gabungan tiga unsur haiwan yang digabungkan menjadi satu. Pertama, buaya yang mewakili hidupan antara dua alam, iaitu air dan darat. Kedua, ikan yang mewakili hidupan air dan ketiga, gajah yang mewakili hidupan darat. Makara di pahat pada bahagian pemegang tangga candi dan berperanan sebagai pengusir roh jahat. Contoh penemuan makara di Malaysia ialah di Melaka, yang berusia sekitar abad 11 M hingga 12 M. |
vector | vektor | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Anak panah yang panjangnya mewakili magnitud dan sudut halanya mewakili arah. Contohnya, halaju merupakan vektor yang menggambarkan magnitud atau nilai kelajuan pada arah tertentu. Paduan vektor boleh diperoleh dengan hukum segi empat selari, manakala kuantiti vektor yang lain ialah pecutan, daya, momentum dan dedenyut. |