Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[miang] | مياڠ

Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[miang] | مياڠ

Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miang (adjektif)
Bersinonim dengan gatal, biang, giang, geli, merenyam, birah, menggeletis, menggelenyar, galak, lugut, pengah, pengas.,

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pricklymiang; berduriPertanianTiadaTiada
di(o)estrusdiestrusBiologiHistologi dan SitologiMasa di antara kala miang, apabila haiwan poliestrus tiada aktiviti mengawan.
mature culmkulma matangBuluhTiadaBatang buluh matang yang telah lengkap proses lignifikasinya, biasanya berumur lebih tiga tahun dan tidak mempunyai pelepah kulma serta miang buluh. Kulma matang berwarna lebih gelap serta bertompok putih.
immature culmkulma mudaBuluhTiadaBatang buluh muda yang belum lengkap proses lignifikasinya, biasanya berumur kurang tiga tahun dan masih mempunyai pelepah kulma serta miang buluh.

Kembali ke atas