effective microorganism | mikroorganisma bermanfaat | Pertanian | Agroteknologi | Campuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian. Contohnya, bakteria asid laktik yang menggalakkan proses fermentasi bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj. Selain itu, mikroorganisma Bokashi yang terhasil daripada pemeraman sisa buah-buahan dan sayur-sayuran pula boleh dijadikan baja cecair. Mikroorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Bahan makanan boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat. |
microaerophile | mikroaerofil | Perubatan | Tiada | Mikroorganisma mikroaerofilik iaitu mikroorganisma yang hidup baik hanya dalam jumlah oksigen yang sedikit. |
allelopathy | alelopati | Biologi | Ekologi | Kesan mudarat sesuatu mikroorganisma atau tumbuhan ke atas mikroorganisma atau tumbuhan lain, akibat penghasilan sebatian sekunder oleh mikroorganisma atau tumbuhan berkenaan. |
antibiotic | antibiotik | Biologi | Mikrobiologi | Bahan yang dihasilkan oleh mikroorganisma, dan berupaya merencatkan pembiakan dan pertumbuhan mikroorganisma lain. antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma, terutamanya bakteria. antibiotik yang pertama ditemui ialah penisilin, yang dihasilkan oleh kulat penisillium notatum. misalan antibiotik termasuklah streptomisin, aureomisin, kloromisin, dan tetramisin. |
fungus | kulat | Biologi | Mikologi | Mikroorganisma eukariot unisel atau multisel yang tidak mengandungi klorofil dan membentuk dinding sel tegar yang mengandungi kitin dan/atau selulosa. Bentuk vegetatif (talus) kebanyakan mikroorganisma ini terdiri daripada hifa. Sebahagian besar mikroorganisma ini tidak motil dan membiak secara aseks, biasanya melalui pembentukan konidium. Dalam pembiakan seksnya, saling tindakan antara individu mungkin melibatkan anisogami, sentuh gamet, isogami, oogami, atau somatogami. |
biofertilizer | baja biologi | Pertanian | Agronomi | Rumusan campuran mikroorganisma berfaedah yang boleh diberi kepada akar, biji benih atau tanah untuk meningkatkan peleraian nutrien melalui aktiviti biologi mikroorganisma itu. Rumusan ini akan juga meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah dalam tanah dan dengan itu membaiki kesuburan tanah. Contoh baja biologi termasuk rhizobium yang digaul dengan biji benih kekacang supaya membolehkan pengikatan nitrogen dari udara. Selain itu kulat selulotik (menghadam selulos) dicampur dalam tanah untuk mempercepatkan penguraian bahan organik untuk membebaskan nutrien. |
co-oxidation | ko-oksidasi | Bioteknologi | Tiada | Proses yang dijalankan oleh mikroorganisma apabila sesuatu bahan diubah kepada bahan lain tanpa penggunaan bahan tersebut sebagai sumber karbon bagi pertumbuhan mikroorganisma berkenaan. Dalam hal ini, mikroorganisma hanya bertindak sebagai pemangkin bagi proses biotransformasi. |
biofertilizer | baja biologi | Pertanian | Agroteknologi | Baja yang terdiri daripada rumusan campuran mikroorganisma berfaedah untuk pertumbuhan akar, biji benih atau kesuburan tanah bagi meningkatkan peleraian nutrien melalui aktiviti biologi mikroorganisma berkenaan. Rumusan ini juga akan meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah di dalam tanah. Contohnya, Rhizobium yang digaul dengan biji benih kekacang membolehkan pengikatan nitrogen dari udara. Kulat selulotik pula dicampur di dalam tanah untuk mempercepat penguraian bahan organik bagi membebaskan nutrien. |
antibiotics | antibiotik | Kimia | Tiada | Agen kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, seperti bakteria dan kulat, yang dapat merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Bahan ini digunakan sebagai bahan tambah kepada makanan untuk menghalang pembiakan bakteria dan pertumbuhan kulat bagi tujuan pengawetan dan juga sebagai ubat untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma. Misalnya, penisilin, streptomisin, dan tetramisin. |
cariogenic microorganism | mikroorganisma kariogenik | Perubatan | Tiada | Mikroorganisma yang menggalakkan atau menyebabkan pembentukan karies kerana keupayaannya menghasilkan asid dari karbohidrat. |