Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[mik.ro.sa.Öat] | ميکروساعت

Definisi : satu persejuta saat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikrosaat

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microsecondmikrosaatKomunikasi MassaTiadaTiada
microsecondmikrosaatPerubatanTiadaSeperjuta saat.
satellite pulsedenyut satelitKejuruteraanTiadaDenyut yang dikeluarkan dalam masa 0.2 hingga 2 mikrosaat selepas kelipan dihasilkan yang disebabkan oleh suap balik ion di antara katod dan anod.
sonic loglog sonikKejuruteraanPetroleumSINONIM: log akustik Rekod berbentuk graf tentang masa transit yang dinyatakan dalam unit mikrosaat per kaki yang diplot terhadap kedalaman. Parameter ini didapatkan menerusi kaedah pengelogan sonik. Pengesan-pengesan yang dipasang pada sondi mengukur perbezaan masa tiba gelombang bunyi yang telah melewati formasi dan nilai yang didapati dibahagikan dengan jarak pisahan antara kedua pengesan tersebut. Fenomena masa tiba ini didapati berbeza-beza bergantung pada jenis formasi dan juga berkaitan dengan keporosan formasi.
real-time technology (RTT)teknologi masa nyata (RTT)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi perkakasan dan perisian yang membolehkan pengguna menerima dan menghantar data dengan pantas (dalam milisaat atau mikrosaat) setelah proses fizikal berlaku (penghantaran) atau sama kelajuannya dengan proses fizikal sebenar yang dikenali sebagai masa nyata. RTT lazim digunakan untuk tujuan hiburan seperti penstriman siaran langsung video atau audio serta aplikasi yang menjadikan penggunaan Internet lebih praktikal. RTT juga digunakan dalam aplikasi kritikal seperti loji nuklear yang memerlukan maklumat masa nyata untuk memantau kawasan kritikal di dalam loji.

muonmuonFizikAtom dan NuklearZarah keunsuran yang bercas positif atau negatif, berjisim hampir 105.7 MeV, spin ½ dan separa stabil dengan masa separuh hayat ialah 2 mikrosaat. Muon positif, m+ mereput kepada positron, neutrino dan antineutrino, sementara muon negatif, m- mereput kepada elektron, neutrino dan antineutrino.
thermal decay timemasa reput termaKejuruteraanPetroleumMasa yang diambil oleh sekumpulan neutron untuk memupus sehingga bilangannya merosot ke 1/e (37 peratus) daripada jumlah bilangannya yang asal. Masa ini diukur dalam unit mikrosaat.
transit timemasa transitKejuruteraanPetroleumNisbah antara perbezaan masa tiba gelombang bunyi yang telah melewati formasi, di dua pengesan pada sondi pengelogan sonik, dengan jarak pisahan antara pengesan-pengesan yang berkenaan. Unit dinyatakan dalam unit mikrosaat per kaki.
dead timemasa matiKejuruteraanPetroleumMasa yang diperlukan oleh sesuatu sistem pengukuran dalam kaedah pengelogan keradioaktifan, untuk bersiap-siap membuat pengukuran yang berikutnya setelah selesai pengukuran dijalankan. Dalam tempoh ini bacaan yang diberikan oleh alat tidak diambil kira. Masa diukur dalam unit mikrosaat.
12

Kembali ke atas