Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl; tok ~ penolong (perantara) dlm permainan puteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minduk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanum
main peterimain peteriKesenianDrama dan TeaterTeater ritual yang dipersembahkan untuk pengubatan berkaitan dengan ‘angin’, dikenali juga sebagai main teri. Seni persembahan teater tradisi ini popular di Kelantan. Main peteri mengandungi unsur tarian, nyanyian, lakonan bercerita dan lawak jenaka yang menggunakan perantaraan watak Tuk Peteri dengan Tuk Minduk serta iringan panjak sebagai pemuzik.

Kembali ke atas