perinatal | perinatal | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan tempoh beberapa minggu, biasanya empat minggu sebelum dan selepas kelahiran bayi. |
premature labour | pelahiran pramatang | Kejururawatan | Tiada | Pelahiran bayi selepas 22 minggu hingga sebelum 37 minggu dalam kandungan. |
embryo | embrio | Perubatan | Tiada | Hasil persenyawaan di antara ovum dengan spermatozoon yang berkembang lebih kurang satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan. |
Saturday night special | keistimewaan malam minggu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Istilah yang merujuk kepada berita-berita yang diumumkan secara mengejut selepas pasaran ditutup pada hujung minggu dagangan yang akan memberi kesan kepada harga sekuriti pada minggu berikutnya. |
embryo | embrio | Perubatan | Tiada | Hasil persenyawaan antara ovum dengan spermatozoon, yang berkembang pada peringkat awal, iaitu lebih kurang satu minggu selepas konsepsi hingga minggu kelapan. |
sunday newspaper | surat khabar minggu | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang diterbitkan pada setiap hari minggu. |
weekly meeting | mesyuarat mingguan | Komunikasi | Korporat | Perjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap minggu. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam minggu tersebut. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, perjumpaan mingguan diadakan bertujuan untuk memantau prestasi sesuatu program perhubungan awam. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada minggu seterusnya. Perjumpaan ini dihadiri oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan. |
Sunday delivery stamp | setem serahan hari minggu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos khas untuk surat yang diserahkan pada hari Ahad atau hari cuti atau hari minggu. |
term infant | bayi cukup bulan | Perubatan | Tiada | Bayi yang dilahirkan antara permulaan minggu ke-38 (260 hari) dan akhir minggu ke-41 (287 hari) gestasi. |
quickening | gerakan pertama | Kejururawatan | Tiada | Pergerakan janin yang pertama dirasai oleh ibu multigravida pada minggu ke-18 hingga 20, manakala ibu primigravida pada minggu ke-20 hingga 22. |