Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : abbrev 1. ( for millilitre or millilitres) ml; 2. ( for mile or miles) batu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ml


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arteriovenous oxygen differencebeza oksigen arteriovenaPerubatanTiadaPerbezaan kandungan oksigen dalam darah arteri dengan kandungan oksigen dalam darah vena. Perbezaan ini menunjukkan kuantiti pengambilan oksigen oleh organ. Julat normalnya ialah 4 ml/100 ml hingga 5 ml/100 ml darah.
phenobarbital poisoningkeracunan fenobarbitalKimiaForensikKeracunan akibat dos berlebihan fenobarbital, iaitu ubat barbiturat, antikekejangan dan penenang yang diberikan untuk merawat banyak penyakit kekejangan dan sebagai pil tidur yang aktif lama. Gejala awal keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan termasuk mengantuk, kecelaruan mental dan terhuyung-hayang diikuti koma dengan cepat. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuk kecelaruan mental, ataksia, pening, mengantuk, tekanan emosi, kerengsaan dan gangguan kelakuan yang lain. Dos terapeutik ialah 10 �g/mL /mL - 30 �g/mL /mL, dos toksik ialah 30 �g/mL - 40 �g/mL, dos maut ialah 50 �g/mL - 60 �g/mL dan dos parah anggaran ialah 1.5 g, dan kepekatan toksik ialah 100 �g/mL Tempoh setengah hayat ialah 2 - 6 hari.
methanol poisoningkeracunan metanolKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan metanol, iaitu alkohol yang sangat beracun. Dos maut metanol ialah 60 mL -250 mL dan had pendedahan individu terhadap alkohol ini ialah 200 ppm. Metanol mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut, dan buta. Kematian mungkin berlaku selepas meminum 60 mL metanol sahaja. Dalam kes parah, hati, buah pinggang, dan jantung menunjukkan degenerasi parenkimatus. Paru-paru menunjukkan epitelium terdeskuamat, emfi sema, edema, kesesakan, dan pneumonia bronkus. Otak mungkin menunjukkan edema, hiperemia, dan petekia. Mata menunjukkan perubahan degeneratif dalam retina dan edema cakera optik, dan mungkin terdapat atrofi saraf optik. Epitelium kornea mungkin menunjukkan perubahan degeneratif.
separating funnelcorong pemisahKimiaTiadaCorong yang biasanya diperbuat daripada kaca dan berbentuk silinder atau labu. Pada bahagian bawah corong terdapat pili yang digunakan untuk mengawal pengaliran larutan dari dalam corong. Bahagian atasnya dilengkapi penyumbat plastik atau kaca. Corong pemisah mempunyai muatan tertentu, seperti 25 ml, 50 ml, 100 ml, dan 1000 ml. Corong Pemisah (Rujuk ms. 34)
arterial oxygen content CaO₂)kandungan oksigen arteri (CaO₂)PerubatanTiadaKandungan oksigen dalam darah arteri normal » 20 ml/100 ml darah arteri) yang terdiri daripada oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dan oksigen yang larut dalam plasma. Sebahagian besarnya dalam bentuk gabungan oksigen-hemoglobin.
man (NS.Ml.)man (NS.Ml.)SukanTiadaKeadaan gasing yang berpusing laju pada satu titik, berhenti cepat, biasanya gasing yang berpaksi halus. Lih. Megun.
hypophosphataemiahipofosfatemiaVeterinarTiadaKeadaan apabila kandungan fosforus (P) di dalam darah ternakan terlalu rendah daripada aras normal iaitu kurang daripada 4.5 ml/100 ml. Keadaan ini mudah terjadi apabila nisbah antara kalsium dan fosforus di dalam darah terganggu. Contohnya, penyakit riket pada anak ternakan, demam susu dan osteomalasia pada ternakan dewasa.
cerebral oxygen consumptionpenggunaan oksigen serebrumPerubatanTiadaPenggunaan oksigen oleh sel dan tisu serebrum yang mempunyai julat antara 3 ml hingga 3.5 ml/100 gm otak/minit atau 50 ml/minit. Lihat juga kadar metabolisme serebrum.
oliguriaoliguriaGerontologiTiadaPenghasilan air kencing yang sedikit antara 100 ml hingga 500 ml dalam tempoh 24 jam akibat gangguan fungsi ginjal.
coronary blood flowaliran darah koronariPerubatanTiadaBekalan darah ke jantung yang melalui arteri koronari. Julat normal antara 220 ml/minit hingga 250 ml/minit.
12345678910...

Kembali ke atas