Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dal] | مودل

Definisi : 1. wang atau harta benda yg diper­gunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah keka­yaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasil­kan barang-barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk ber-isteri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku; ~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt barang-barang men­tah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha) gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll); semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll; bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar; bermodalkan mempunyai (atau mengguna­kan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu; memodali memberi modal (utk sesuatu per­niagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu; kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung; permodalan; syarikat ~ syarikat yg mena­nam modalnya dlm perniagaan atau per­usahaan lain utk mendapat keuntungan; pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.dal] | مودل

Definisi : wang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ insan modal yg ada pd seseorang insan, spt ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
modal (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, sumber, dana, biaya, aset, tabungan, simpanan stok, syer, saham;,
Kata Terbitan : pemodal,

Puisi
 

Pusing gasing tangan kidal,
     Tali pendek putus sejengkal;
Kalau untung bercampur modal,
     Itu tanda berniaga tak kekal.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capital accountakaun modalEkonomiTiadaAkaun yang mencatatkan pergerakan modal antarabangsa. Akaun modal terdiri daripada modal jangka pendek dan modal jangka panjang yang dimiliki oleh pihak swasta dan kerajaan. Misalnya, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang yang dibuat atau yang diterima oleh pihak swasta dalam negeri daripada pihak swasta luar negeri.
capital employedmodal gunaPentadbiranTiadaModal yang terdiri daripada modal saham, rizab dan modal terhutang.
capital mergerpercampuran modalEkonomiEkonomi IslamModal yang disatukan daripada pelbagai pihak yang berkongsi. Percampuran modal berlaku dalam dua bentuk, iaitu percampuran modal fizikal dan percampuran modal hukum. Jumhur ulama berpendapat bahawa penyatuan modal tidak menjadi syarat kepada pembentukan perkongsian tetapi terdapat sebahagian ulama daripada mazhab Syafii dan mazhab Zahiriyyah yang memerlukan syarat tersebut.
mudarabah companysyarikat mudarabahEkonomiEkonomi IslamBentuk perkongsian perniagaan yang terhasil daripada akad mudarabah antara pemilik modal (sohibul mal) dengan pengusaha (mudarib). Perkongsian ini wujud kerana pemilik modal mempunyai modal tanpa kemahiran, manakala pengusaha pula mempunyai kemahiran tanpa modal. Pemilik modal dan pengusaha akan berkongsi keuntungan perniagaan mengikut kadar yang dipersetujui. Syarikat mudarabah terbahagi kepada dua, iaitu mudarabah mutlak dan mudarabah muqayyad.
mubadaah contractakad mubadaahEkonomiEkonomi IslamAkad yang menentukan pemilik modal menyerahkan modal kepada pihak lain untuk diusahakan secara sukarela. Pemilik modal akan menerima semua keuntungan daripada usaha tersebut dan menanggung semua kerugian. Pihak yang mengusahakan modal berkenaan tidak menerima sebarang untung atau upah kerana usahanya dilakukan secara sukarela atas asas kebajikan.
modalmodalKesenianTiadaBerkaitan dengan mod.
rent modalmodal sewaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mudarabah contractakad mudarabahEkonomiEkonomi IslamAkad yang membolehkan pemilik modal (rabbul mal) menyediakan modal pembiayaan projek yang dijalankan oleh pengusaha (mudarib). Pemilik modal boleh terdiri daripada institusi kewangan, syarikat atau individu. Pemilik modal berhak menyelia dan membuat tindakan susulan bagi memastikan dana yang digunakan oleh pengusaha mengikut akad tersebut. Keuntungan daripada projek akan dibahagikan antara pemilik modal dengan pengusaha mengikut kadar nisbah yang dipersetujui bersama. Sekiranya berlaku sebarang kerugian, pemilik modal akan menanggung kerugian itu, manakala pengusaha pula akan menanggung kerugian dari segi masa dan usaha tanpa mendapat sebarang pulangan.
capital sumamaun modal; jumlah modalPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun yang diinsuranskan tidak termasuk manfaat lain.
capital sumamaun modal; jumlah modalPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun yang diinsuranskan tidak termasuk manfaat lain.
12345678910...

Kembali ke atas