equation of motion | persamaan gerakan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang diterbitkan daripada hukum pengabadian momentum bagi pengaliran bendalir pada keadaan isoterma yang dijelaskan sebagai kadar = kadar � kadar momentum momentum momentum terkumpul masuk keluar + daya yang bertindak ke atas bendalir atau kadar = kadar influks + kadar influks momentum aliran pukal serapan terkumpul momentum momentum + kecerunan tekanan + daya luar. |
conjugate momentum | momentum konjugat | Fizik | Mekanik | Jika qj(j = 1, 2, ...) ialah koordinat teritlak suatu sistem dinamik klasik, dan L pula Lagrangeannya, maka momentum konjugat kepada qj ialah momentum berkanun, momentum teritlak |
angular momentum | momentum sudut | Mekanik | Gunaan | Momen bagi momentum linear. Bagai zarah berjisim m dan bergerak dengan halaju v, magnitud momentum sudutnya di sekitar paksi yang mempunyai jarak serenjang d dari garis tindakan v ialah mvd. Bagi jasad yang mengalami gerakan satah dengan halaju pusat jisim vG dan halaju sudut w, magnitud momentum sudut di sekitar paksi yang melalui pusat jisimnya ialah IGw, dengan IG sebagai momen sifatekun jasad itu di sekitar paksi berkenaan. Momentum sudut jasad itu di sekitar sebarang titik yang jarak serenjangnya dari garis tindakan vG ialah d diberikan oleh ungkapan IGw + mvGd. Momentum sudut diukur dalam unit kg.m2.s-1 atau N.m.s. Simbol yang lazim digunakan untuk momentum sudut ialah H. Momentum sudut juga dinamai momen momentum. |
linear momentum | momentum linear | Mekanik | Gunaan | Hasil darab jisim dan halaju. Zarah yang berjisim m dan bergerak dengan halaju linear V mempunyai momentum linear mv. Momentum linear bagi jasad pula ialah mvG, dengan vG sebagai halaju ketika yang dialami oleh pusat jisim jasad itu. simbol yang biasanya digunakan untuk momentum linear ialah L. Unit ukurannya ialah kg.m.s atau N.s. |
contact teransformation | transformasi sentuh | Fizik | Mekanik | Transformasi yang berlaku ke atas koordinat-koordinat dan momentum-momentum yang memperihalkan keadaan suatu sistem dinamik klasik dan membiarkan bentuk persamaan-persamaan Hamilton bagi gerakan tersebut tidak berubah. transformasi berkanun |
momentum unloading | pemunggahan momentum | Aeroangkasa | Tiada | proses bagi mengurangkan momentum sesebuah roda momentum yang telah mencapai nilai maksimum. Sinonim : momentum dumping. |
momentum dumping | pembuangan momentum | Aeroangkasa | Tiada | Proses bagi mengurangkan momentum sesebuah roda momentum yang telah mencapai nilai maksimum. Sinonim : momentum unloading. |
kinetic momentum | momentum kinetik | Fizik | Mekanik | Momentum zarah yang disebabkan oleh gerakannya dalam mekanik klasik. Momentum ini sama dengan hasil darab antara jisim dengan halaju. |
electromagnetic momentum | momentum elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Momentum yang dipindahkan oleh sinaran elektromagnet dan ketumpatan isipadu momentum tersebut sama dengan vektor Poynting dibahagi dengan halaju cahaya kuasa dua. |
Fermi momentum | momentum Fermi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Momentum bagi fermion yang diungkapkan sebagai m0 = PF2/2m, dengan m0 = tenaga Fermi, PF = momentum Fermi, m = jisim zarah. |