winter monsoon | monsun musim sejuk | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Monsun yang berasal dari benua dan bertiup pada musim sejuk. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Oktober hingga Mac dan lebih dikenali sebagai monsun timur laut, atau musim tengkujuh di kalangan orang tempatan. Lihat monsun. |
reversal of monsoon | kebalikan monsun | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penggantian monsun musim panas dengan monsun musim sejuk atau sebaliknya. |
summer monsoon | monsun musim panas | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Monsun yang beasal daripada lautan dan bertiup pada musim panas. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Mei hingga Ogos, dan lebih dikenali sebagai monsun barat daya. |
continental tropical monsoon climate | iklim kebenuaan tropika jenis monsun | Geografi | Tiada | Jenis iklim monsun yang dipengaruhi oleh sistem monsun benua Asia. |
burst of the monsoon | ledakan monsun | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Kedatangan jisim udara secara mendadak yang dibawa oleh monsun. 2. Peningkatan mendadak keadaan atmosfera yang berkaitan dengan monsun. |
monsoon | monsun | Sains | Hidrometeorologi | Istilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman. |
northeast monsoon | monsun timur laut | Geografi | Tiada | Angin monsun timur laut yang terbentuk bila berlaku sistem tekanan tinggi di tanah besar Asia Timur dan tekanan rendah di bahagian selatan Asia dan oleh itu wujud satu gradien tekanan. |
monsoon land | tanah monsun | Geografi | Tiada | Kawasan-kawasan yang dipengaruhi oleh iklim monsun. |
monsoon fringe | pinggiran monsun | Geografi | Tiada | Kawasan-kawasan pinggiran yang menerima pengaruh monsun. |
eastern margin monsoon variety | pinggir timur jenis monsun | Geografi | Tiada | Monsun kawasan pinggir laut timur yang kering. |