Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mor.ta.li.ti] | مورتاليتي

Definisi : (Bio) kadar kematian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mortaliti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
select mortality tablejadual mortaliti terpilihPentadbiran PerniagaanTiadaJadual mortaliti yang menunjukkan kadar mortaliti lebih rendah daripada purata pada tempoh awal polisi. Ini adalah disebabkan oleh proses pengunderaitan.
mortality profitkeuntungan mortalitiPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian surplus syarikat insurans hayat yang timbul daripada pengalaman mortaliti yang lebih baik berbanding dengan kadar mortaliti yang diandaikan dalam penilaian tertentu.
mortality savingpenjimatan mortalitiPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian surplus syarikat insurans hayat yang timbul daripada pengalaman mortaliti yang lebih baik berbanding dengan kadar mortaliti yang diandaikan dalam penilaian tertentu. Sinonim: mortality profit
Z-tablejadual-ZPentadbiran PerniagaanTiadaJadual mortaliti yang menunjukkan pengalaman muktamad ke atas hayat pihak yang diinsuranskan berdasarkan pengalaman mortaliti bagi polisi hayat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans di Amerika dari tahun 1925 hingga tahun 1934. Jadual Z ini juga adalah permulaan pembentukan Jadual Mortaliti Standard Biasa Pesuruhjaya.
complete mortality tablejadual mortaliti lengkapPentadbiran PerniagaanTiadaJadual kadar mortaliti yang menganggarkan kematian seorang sebelum sampai tarikh lahir yang seterusnya.
ultimate mortality tablejadual mortaliti muktamadPentadbiran PerniagaanTiadaJadual berdasarkan pengalaman mortaliti yang tidak memasukkan cerapan beberapa tahun awal polisi untuk mengelak kesan kemungkinan pemilihan sakal.
aggregate mortality tablejadual mortaliti agregatPentadbiran PerniagaanTiadaJadual yang menggabungkan pengalaman mortaliti insured semasa dan selepas tempoh terpilih.
mortality costkos mortalitiPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun muka polisi yang didarabkan dengan kebarangkalian mortaliti bagi sesuatu umur tertentu. Kos ini merupakan salah satu faktor yang diambil kira untuk menentukan kadar premium.
mortalitymortalitiPendidikanTiadaKekurangan subjek yang dialami dalam kumpulan kajian yang akan mengancam keesahan dalaman penyelidikan.
mortalitymortalitiPerubatanTiadaBerkenaan dengan kematian dan biasanya digunakan untuk menunjukkan statistik yang berkaitan dengannya.
12345678910...

Kembali ke atas