sarting motor | motor mula | Teknik | Elektrik | 1. Motor yang digunakan untuk menghidupkan enjin kereta, biasanya motor siri a.t. Oleh sebab beban yang hendak diputarnya terlalu berat, motor ini tidak boleh dihidupkan berterusan, biasanya sekadar 2 hingga 3 minit sahaja. Jika motor mula dihidupkan berterusan, ada kemungkinan belitan motor itu akan terbakar akibat menerima arus yang berlebihan. 2. Motor tambahan bagi membantu memulakan putaran peralatan motor besar, seperti motor segerak dan set penukar berputar. |
single phase motor | motor satu fasa | Teknik | Elektrik | Motor yang direka untuk dikendalikan oleh arus ulang-alik satu fasa. Biasanya motor ini mempunyai kadar kuasa yang kurang daripada 1 kW. Motor jenis ini terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu motor aruhan, motor tolakan, motor segerak, dan motor semesta. |
motor | motor | Teknik | Elektrik | 1. Mesin yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada tenaga mekanik (dalam bentuk putaran). Misalnya, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik dalam bentuk putaran, dan motor air menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga mekanik. |
direct-on-line starter | pemula terus pada talian | Teknik | Elektrik | Pemula motor yang paling ringkas yang menyambungkan bekalan terus ke motor tanpa mengurangkan arus atau voltan bekalan motor tersebut dengan menggunakan penyentuh. Pemula jenis ini sesuai untuk motor arus terus atau arus ulang-alik berukuran sederhana ke bawah (lebih kurang 1.1 kW). |
main 7 1/2 H.P. motor push button | punat tekan motor utama 7 1/2 kuasa kuda | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
star-delta starter | pemula delta-bintang | Teknik | Elektrik | Pemula bagi motor tiga fasa yang akan menukarkan sambungan motor itu daripada sambungan bintang kepada sambungan delta setelah motor itu dihidupkan kira-kira 75% kelajuan penuh motor tersebut. Pertukaran sambungan motor daripada bintang kepada delta boleh dilakukan oleh sentuhan-sentuhan magnet atau suis khas. Sambungan bintang bertujuan menaikkan nilai galangan motor aruhan itu dan mengurangkan voltan yang diterima pada setiap fasa, iaitu 1/3 daripada voltan talian. Pemula ini sesuai untuk motor berukuran sederhana. |
armature | angker | Teknik | Elektrik | 1. bahagian motor atau penjana arus terus yang berputar, atau bahagian yang mengeluarkan tenaga elektrik pada penjana arus terus dan bahagian yang menerima tenaga elektrik bagi motor arus terus. 2. bahagian yang bergetar atau bergerak dalam geganti atau pembaz. |
motor insurance | insurans motor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans kenderaan berenjin seperti: 1. Insurans komprehensif. 2. Liabiliti pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 3. Liabiliti pihak ketiga. 4. Kecederaan anggota atau kematian pihak ketiga. |
akinesia | akinesia | Perubatan | Tiada | 1. Kelumpuhan saraf motor,. 2. Kehilangan upaya gerakan,. 3. Kelumpuhan otot buat sementara waktu |
armature | armatur | Kimia | Tiada | 1. Bahagian gegelung dalam motor elektrik atau penjana yang boleh berputar.,2. Mana-mana bahagian yang boleh bergerak dalam alat elektrik yang voltannya diaruh oleh medan magnet. |