air motor | motor udara | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
automatic starter | pemula automatik | Teknik | Elektrik | Unit pemula motor yang bekerja secara automatik dan mengurangkan arus sewaktu permulaan, dan melindungi motor daripada beban lebih sepanjang masa putaran motor tersebut. misalnya, pemula pada motor pemampat udara, dan pemampat untuk peti sejuk. |
armature air gap | sela udara angker | Teknik | Elektrik | Sela udara di antara bahagian yang bergerak, iaitu angker dengan bahagian pegun dalam motor atau penjana. Dalam sela udara ini, perpecahan garisan magnet berlaku dan luas muka keratan fluks bertambah, tetapi ketumpatan fluks berkurang. Di dalam sela udara angker juga berlaku kesan pinggiran dan pertukaran tenaga magnet kepada tenaga mekanik atau sebaliknya mengikut jenis mesin. Jarak sela udara angker perlu dikurangkan seminimum yang mungkin untuk mengelakkan berlakunya kesan-kesan negatif ini. |
air pump | pam udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Alat untuk mengeluarkan udara dari ruangan tertutup. Alat ini memberikan kesan tekanan negatif atau vakum apabila udara dibuang dari ruangan tertutup. Alat ini dipacu oleh motor elektrik dan menggunakan mamometer raksa untuk mengekalkan keadaan vakum. Alat ini juga digunakan dalam industri pembuatan barangan plastik yang dihasilkan secara sedutan vakum. Alat ini dikenali juga sebagai pam vakum. 2. Alat untuk memindahkan udara dari satu ruang ke satu ruang yang lain. Alat ini dinamakan peniup untuk mendapatkan pergerakan udara semburan yang kuat dengan cepat. |
air gap | sela udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Jarak sempit ruang udara antara dua terminal elektrod pada palam pencucuh (untuk enjin pembakaran dala). 2. Ruangan udara yang terjadi antara dua komponen atau bahagian dalam mesin. Ruang udara yang sempit berfungsi sebagai pemisah atau penebat atau apabila voltan yang memadai tinggi dibekalkan pada elektrod, percikan bunga api akan terbentuk di dalam ruang sempit di antara dua terminal berkenaan. Sela udara banyak digunakan untuk pemasangan statik atau berputar di dalam motor dan generator. 3. Dalam salutan penyemperitan plastik, jarak antara bukaan acuan penyemperitan dengan jempitan yang terbentuk akibat tekanan. |
high volume air sampler | pensampel udara isi padu tinggi | Kejuruteraan | Tiada | Peranti rujukan standard untuk menentukan zarah terampai dalam atmosfera yang terdiri daripada motor hampagas yang menarik udara melalui turas. |
air compressor | pemampat udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Motor yang terdiri daripada tangki untuk menjana dan menyimpan udara bertekanan tinggi. |
protected screen | tabir berpelindung | Teknik | Elektrik | Penutup motor berjaringan yang menghalang kemasukan benda-benda yang tidak dikehendaki, tetapi membenarkan udara keluar dan masuk. |
combination inertia starter | penghidup sifat tekun gabung | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Penghidup sifat tekun bagi enjin salingan pesawat udara yang menerima tenaga sama ada daripada motor elektrik atau engkol tangan. |
leakage flux | fluks bocor | Teknik | Elektrik | Fluks magnet yang tidak mengalir dalam teras litar magnet sebaliknya melalui jalan lain, seperti di dalam sela udara. Fluks ini tidak melakukan sebarang kerja yang berfaedah. Keadaan ini biasanya berlaku dalam litar magnet, seperti motor, dan tidak dapat dielakkan. |