Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.fa.kat] | موافقت

Definisi : 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.fa.kat] | موافقت

Definisi : 1 seia sekata; setuju: Ia tidak ~ dgn cadangan itu. 2 sesuatu yg disetujui; persetujuan: Dgn ~ adik-beradik, kami pun berpindah dr situ. 3 perbicaraan; rundingan: Mereka mengadakan ~ dahulu sebelum bertindak. bermuafakat berunding utk mencapai sesuatu persetujuan; bermesyuarat: Mereka ~ dahulu sebelum mengambil keputusan. memuafakatkan membincangkan atau membicarakan sesuatu. kemuafakatan keadaan atau hal muafakat. permuafakatan 1 perbuatan atau hal bermuafakat; perundingan. 2 hasil drpd bermuafakat; persetujuan; kata setuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muafakat
Kata Terbitan : semuafakat, bermuafakat, kemuafakatan, permuafakatan,

Puisi
 

Ribut-ribut bawa pukat,
     Melihat gelung di Selat Jawa;
Kita hidup tanda muafakat,
     Tolong-menolong tanda sejiwa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Elok kata dalam muafakat,
     buruk kata di luar muafakat.

Bermaksud :

Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social contractmuafakat sosialSejarahTiadaTiada
consensual unionsekedudukan muafakatKependudukanTiadaTiada
concert systemsistem muafakatSejarahTiadaSistem kerjasama berdasarkan permuafakatan pandangan serta pendapat di antara semua ahli, sama ada dalam pentadbiran negara atau persatuan.
collaborative behaviourkelakuan muafakatEkonomiTiadaTiada
collaborative influencepengaruh muafakatEkonomiTiadaTiada
collaborative modelmodel muafakatEkonomiTiadaTiada
collaborative action inquirykajian tindakan muafakatPendidikanTiadaKajian aplikasi yang memerlukan permuafakatan di antara penyelidik dengan kumpulan sasaran inovasi.
collaborative goal-settingketetapan matlamat muafakatEkonomiTiadaTiada
collective actiontindakan kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah yang diambil secara bersama oleh kumpulan individu dalam organisasi bertujuan untuk menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan anggota bagi memenuhi keperluan, tujuan dan hasrat kelompok tersebut. Tindakan ini boleh berlaku dalam dua bentuk, (i) kelompok yang melaksanakan sesuatu tindakan berasaskan agenda yang telah dipersetujui secara bersama bagi memenuhi sesuatu matlamat dan kepentingan awam. Tindakan ini berlaku hasil dari musyawarah, rundingan dan muafakat. (ii) kelompok yang membuat tuntutan tertentu untuk kepentingan mereka dengan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan, penyerahan memo, piket dan mogok. Tindakan kolektif mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesediaan menanggung sebarang bentuk risiko yang mungkin dihadapi secara bersama bagi mengelakkan anggota organisasi menyalahkan sesama mereka.

perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.

Kembali ke atas