Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basophilbasofiliPerubatanTiada1. Mudah diwarnakan oleh pencelup bes 2. Sel basofil, khasnya leukosit.
reactivereaktifKejuruteraanTiada1. Mudah mengalami perubahan kimia.,2. Berkenaan dengan sama ada regangan beraruhan atau kemuatan.
hydrogenhidrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol H, nombor atom 1, berat atom 1.008, nombor pengoksidaan +1 dan –1, takat beku –259oC, takat didih –252oC, wujud sebagai gas dwiatom yang tidak berwarna, tidak berbau, ringan dan mudah terbakar. hidrogen terdapat dalam tiga bentuk isotop yang stabil, iaitu H-1 (protium), H-2 (deuterium) dan H-3 (tritium). Sebahagian besar hidrogen berpadu dengan unsur lain, seperti oksigen untuk membentuk H2O dan H2O2. Hidrogen disediakan secara tindak balas stim dengan gas asli, secara penceraian ammonia, atau secara elektrolisis air. Hidrogen digunakan sebagai agen penurunan dan bahan api, dan untuk menghasilkan ammonia, anilina dan metanol.
iodineiodidaKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat.
brominebrominKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan halogen, iaitu kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol Br, nombor atom 35, berat atom 79.904, nombor pengoksidaan +1, -1, +5, -5 dan +6, takat beku –7.3oC, takat didih 58.8oC, berbentuk cecair merah gelap, baunya merengsakan, mudah terbakar, kaustik, sangat beracun dan larut di dalam pelarut organik. bromin terdapat semula jadi di dalam air laut, dan diekstrak secara pengoksidaan garam bromin dengan menggunakan klorin. Sebatian ini digunakan dalam pembuatan etilena dibromida dan sebagai agen peluntur, pelarut, bahan uji dan ubat-ubatan.
palletalas angkutPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Pelantar mudah alih yang dibuat daripada kayu, digunakan sebagai alas untuk memudahkan pengendalian dan pengangkutan barang-barang bersusun, dan sesuai digunakan dengan jentera angkut susun. 2. Alat mudah alih yang digunakan untuk memuat dan mengangkut kayu pulpa
plasticplastikKesenianTiada1. Sifat bahan yang mudah dibentuk, seperti tanah liat.,2. Bahan polimer buatan yang mudah dibentuk dan kukuh bila dijadikan sesuatu.
acidophilasidofilPerubatanTiada1. Sesuatu yang mudah diwarnai dengan pewarna asid. 2. Salah satu sel di kelenjar pituitari anterior yang mudah diwarnai dengan pewarna asid. 3. Organisma yang membiak dengan baik di dalam medium asid.
eosinophiliceosinofilBiologiMikrobiologi1. Perihal mikroorganisma yang mudah diwarnakan dengan pewarna eosin. 2. Salah satu jenis sel darah putih yang mudah diwarnakan dengan pewarna eosin.
ocellusoselusBiologiHistologi dan Sitologi1. Mata mudah atau bintik mata pada kebanyakan haiwan rendah. 2. Mata dorsal serangga. 3. Tanda seperti mata yang terdapat pada kebanyakan serangga, ikan, bulu unggas dan lain-lain. 4. Sel besar pada epidermis daun yang khusus menerima cahaya. 5. Bonggol pada sporangiosfor sesetengah kulat yang berfungsi menerima cahaya.
12345678910...

Kembali ke atas