Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
block diagramgambar rajah blokTeknikElektrikGambar rajah yang digunakan untuk menunjukkan dengan ringkas dan mudah cara sesuatu unit, sistem, perkakas, kelengkapan atau peranti itu bekerja. Gambar rajah ini juga menunjukkan hubung kait di antara satu pecahan kawalan setiap unit dengan menggunakan garisan lurus dan anak panah. Pecahan unit ini akan dilukis secara blok segi empat atau bulat mengikut kesuaian peranan unit tersebut.
portable programatur cara mudah alihKomputerTiadaTiada
portable programmeatur cara mudah alihKejuruteraanTiadaTiada
problem solvingpenyelesaian masalahPsikologiPsikologi UmumUsaha yang dilakukan oleh individu secara aktif dalam meneroka cara-cara untuk mendapatkan matlamat yang biasanya tidak mudah diperoleh. Penyelesaian masalah biasanya melibatkan tiga peringkat, iaitu persediaan, penghasilan dan penilaian. Dalam menyelesaikan masalah, individu biasanya akan mengenal pasti fakta, mengasingkan hal yang relevan daripada yang tidak relevan dan menetapkan matlamat akhir yang boleh menghasilkan beberapa jawapan sementara atau hipotesis. Dua langkah yang dikenal pasti untuk mencapai pembinaan hipotesis ialah algoritma dan heuristik. Akhir sekali, penilaian dibuat ke atas hipotesis yang dibina bagi menentukan sama ada memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam langkah pertama. Sekiranya satu atau lebih hipotesis menepati kriteria yang ditetapkan, maka masalah tersebut dapat diselesaikan.
chansonchansonKesusasteraanTiada1. Puisi yang dikarang untuk didendangkan dan ditulis dengan cara mudah.
program readabilitykebolehbacaan atur caraTeknologi MaklumatPerisianKeadaan kod sumber asal yang mudah difahami oleh pengatur cara lain. Contohnya, komen yang disertakan dalam setiap fungsi atau prosedur atur cara membekalkan penerangan tambahan kepada pengatur cara lain. Keadaan ini akan memudahkan pengatur cara mengubah kod asal tersebut.
programming structurestruktur pengaturcaraanTeknologi MaklumatPerisianStruktur yang melibatkan penulisan kod atur cara yang mudah diselenggarakan kerana aliran logik dalam atur cara adalah teratur dan jelas.
diluentpencairPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan yang ditambahkan ke dalam rumusan perekat untuk mengurangkan kepekatannya. Dengan cara ini perekat lebih mudah dilepa dan mudah membasahi permukaan bahan yang hendak direkat.
mnemonic codekod mnemonikKejuruteraanTiadaKod atur cara yang mudah diingat kerana kod tersebut menggambarkan perkataan yang asal.
remote procedure call (RPC)panggilan prosedur jauh (RPC)Teknologi MaklumatPerisianProtokol yang membenarkan atur cara dilaksanakan pada satu hos yang mengakibatkan atur cara dilaksanakan pada hos lain tanpa pengatur cara perlu mengekodkan atur cara tersebut. RPC juga merupakan paradigma yang mudah dan terkenal bagi pelaksanaan model pelayan-pelanggan dalam pengkomputeran teragih. RPC ini dilaksanakan dengan menghantar mesej permintaan kepada sistem jauh (pelayan). Penghantaran mesej ini dibuat bagi melaksanakan prosedur yang ditetapkan dengan menggunakan argumen yang diberi dan hasilnya dikembalikan kepada pemanggil (pelanggan).
1234567

Kembali ke atas