Sumatra disease | penyakit Sumatra | Biologi | Patologi | Penyakit pada pokok cengkeh (Syzygium aromaticum) yang disebabkan oleh bakteria, yang dikenal pasti buat sementara waktu sebagai Pseudomonas syzygi. Penyakit ini mula-mula sekali ditemui di Sumatra. Gejalanya beragam, tetapi yang utama ialah layu, dan mati yang mula-mula nampak dari bahagian atas pohon dan berkembang ke bawah hingga ke seluruh pohon. Perkembangan penyakit dari pohon ke pohon berlaku dengan cepat dalam kawasan yang luas kerana ia ditularkan oleh serangga. |
protothallus | prototalus | Biologi | Mikologi | Lapisan yang mula-mula dibentuk oleh talus liken. hipotalus. |
phaseollin | faseolin | Biologi | Patologi | Fitoaleksin yang mula-mula diperoleh daripada kacang buncis (Phaseolus vulgaris. |
echovirus | ekovirus | Perubatan | Tiada | Virus RNA yang mula-mula diasingkan daripada manusia, yang dikaitkan dengan beberapa penyakit manusia seperti meningitis aseptik. |
germ-tube | tiub kecambah | Biologi | Patologi | Hifa yang mula-mula muncul daripada spora atau konidium yang sedang bercambah. |
straight run gasoline | gasolin awal | Kejuruteraan | Tiada | Gasolin yang mula-mula keluar daripada menara penyulingan. |
primary leaf | daun primer | Pertanian | Agronomi | Daun yang mula-mula keluar atau terbit daripada plumul biji benih setelah bercambah. |
cadang-cadang | cadang-cadang | Biologi | Patologi | Penyakit kelapa yang mula-mula diketahui di Filipina yang disebabkan oleh viroid. Gejala utama pada pokok dewasa berupa bintik kuning perang pada daun, diikuti dengan luruh dan pokok yang terserang akhirnya mati. |
Fiji disease | penyakit Fiji | Biologi | Patologi | Penyakit tebu yang mula-mula diketahui di Fiji yang disebabkan oleh virus. Pada pokok yang terserang, daunnya pendek, kaku, tegak, dan berwarna hijau tua. Ruasnya pecah-pecah dan terdapat banyak akar pada ruas tersebut. |
archetype | arketip | Perubatan | Tiada | 1. Bentuk, model atau pola yang mula-mula. Berdasarkan pola ini dikembangkan sesuatu. 2. Prototip. 3. Jenis unggulan anatomi yang menjadi piawai untuk mengukur atau membandingkan individu atau kelas. |