Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rai] | موراي

Definisi : sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis musicus; bunyi ~ waktu pagi-pagi benar; ~ bakau sj burung, Pachycephala cinerea; ~ batu sj burung a) = ~ hutan sj burung, Copsychus malabaricus; b) burung kapas, Lalage nigra; ~ belanda sj burung, Zoothera citrina; ~ belukar sj burung, Tarsiger cyanurus; ~ gajah sj burung, Irena puella; ~ kampung sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis; ~ rimba sj burung, Pycnonotus plumosus; ~ sampah sj burung, a) Acrocephalus arundinaceus; b) Alcippe cinerea; burung ~ bangau = ~ ekor gading sj burung, merbah ekor gading, Tersiphone paradisi; bagai ~ dicabut ekor prb perempuan yg suka bercakap banyak; ~ berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rai] | موراي

Definisi : nama sj burung yg berkicau pd pagi-pagi hari, Copsychus saularis musicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata murai

Puisi
 

Jak jeti murai batu,
     Kereta ekor potong kepala;
Kalau kudapat kemudi itu,
     Kutabur urai tujuh kuala.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Murai berkicau hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah terang dan nyata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magpie robinmuraiPertanianTiadaTiada
Tacca integrifoliaKeladi muraiPertanianTiadaHerba ini juga dikenali sebagai belimbing tanah. Tumbuhan dalam famili Taccaceae ini tidak berbatang dan tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Herba ini mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Mempunyai tangkai bunga yang panjang, bunganya besar berwarna ungu kehijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Buah masak berwarna hitam. Umbisinya digunakan sebagai bahan ubat untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan.
Tacca integrifoliakeladi muraiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Taccaceae yang dikenali juga sebagai belimbing tanah. Tumbuhan ini tidak berbatang dan mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Tangkai bunganya panjang, bunganya besar dan berwarna ungu kehijau-hijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Tumbuhan herba ini tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Air rebusan umbisinya diminum oleh ibu selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. Umbisi yang telah dilumatkan dipupuk untuk mengubati gigitan ulat bulu.
supertypesuperjenisTeknologi MaklumatPerisianEntiti atau set objek yang mengandungi subjenis dalam hieraki keseluruhan. Entiti atau set objek dengan jenis mantik yang sama dihuraikan mengikut hieraki subjenis. Contohnya, entiti burung yang merupakan superjenis boleh terdiri daripada subjenis murai, helang, kakak tua, gagak dan tiung. Lihat juga subjenis.

Kembali ke atas