corak musang berjanggut | corak musang berjanggut | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan bermotif daun atau bunga yang berjalur dan berdaun halus yang rapat, lazimnya badannya berbunga pokok dan terdapat pada batik sarung. |
Little Fox | Musang Kecil | Fizik | Tiada | Tiada |
large civet | musang jebat | Pertanian | Tiada | Tiada |
foxtail | ekor musang | Perhutanan | Tiada | Tiada |
palm civet | musang pulut | Pertanian | Tiada | Tiada |
foxtail | ekor musang | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pucuk utama pokok pain yang tumbuh memanjang tanpa dahan sisi selama beberapa tahun. |
MGR | podo | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu lembut. Nama piawai bagi kayu Podocarpus spp. daripada famili Podocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jati, kebal musang, ru bukit, dan setada, di Sabah ialah kayu cina, lampias, dan rampayan, dan di Sarawak ialah landin. Spesies utama kayu ini termasuk Podocarpus polystachyus, P. neriifolius, dan P. wallichianus. Gubal dan teras podo sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning muda atau coklat keemasan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut. Kayu ini mudah dikerjakanb dan dikeringkan, tetapi tidak tahan jiga digunakan di kawasan terdedah. Kayu podo digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, perabot mahal, dan papan lapis hiasan. |
farcical tales | cerita jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang berkisar pada seseorang tokoh yang lucu. Kelucuan ada kalanya kerana kebodohannya dan ada kalanya kerana kecerdasannya. Contoh: cerita Lebai Malang dan cerita Musang Berjanggut. |
beast fable | fabel binatang | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah |
bark-cloth beater | alat pemukul kain-kulit kayu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat perniagaan Zaman Neolitik yang digunakan untuk menumbuk kulit kayu untuk dijadikan pakaian. Di Malaysia, alat ini mempunyai bahagian pemegang dan pemukul yang berbentuk bujur, bulat dan persegi empat. Corak yang terdapat pada bahagian pemukul mempunyai hiasan dan garis yang saling menyilang lurus, dua garis yang saling menyilang serong curam. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Musang, Gua Madu, Gua Cha (Kelantan), Tui Gold Mine, Ulu Dong, Nyong dan Sungai Tembeling (Pahang), Changkat Menteri (Perak) dan Ampang (Selangor). |