Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.si.bah] | مصيبة

Definisi : Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian, celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
musibah
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :malapetaka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
riskrisikoEkonomiEkonomi IslamKetidakpastian tentang sesuatu musibah yang mungkin berlaku. Hal ini bermakna, risiko menggambarkan nilai kerosakan atau kehilangan yang ditanggung oleh seseorang atau satu entiti tertentu akibat sesuatu musibah yang mungkin berlaku. Nilai ini bergantung pada kebarangkalian musibah itu berlaku dan juga kebarangkalian kerosakan yang dihasilkan. Pihak yang berkenaan boleh mengurangkan risiko dengan menyertai skim takaful supaya risiko tersebut boleh ditanggung bersama secara kolektif oleh semua peserta lain.
assessorpenaksirEkonomiEkonomi IslamIndividu yang menaksir, menyelaras dan menetapkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat pengendali takaful kepada peserta yang mengalami musibah. Terdapat dua jenis penaksir, iaitu penaksir kerugian dan penaksir awam. Penaksir kerugian dilantik oleh syarikat pengendali takaful untuk berkhidmat bagi pihaknya dalam menentukan jumlah pampasan yang patut dibayar. Penaksir awam pula menawarkan khidmat kepada peserta takaful dengan bayaran fi bagi menentukan jumlah pampasan yang perlu dituntut. Jumlah pampasan sebenar yang diterima oleh peserta yang mengalami musibah akan ditetapkan melalui perundingan antara penaksir kerugian daripada pihak syarikat dengan penaksir awam daripada pihak peserta.
takaful coverageperlindungan takafulEkonomiEkonomi IslamPerkhidmatan yang perlu diambil oleh pihak tertentu untuk menghadapi musibah. Keperluan ini mungkin wujud berdasarkan kesedaran pihak tertentu atau berdasarkan penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, pelan takaful keluarga dan takaful cermin kenderaan merupakan perlindungan yang dilakukan atas kesedaran sendiri, manakala contoh perlindungan takaful berdasarkan penguatkuasaan undang-undang ialah takaful motor pihak ketiga dan takaful gadai janji. Perolehan perlindungan berbentuk manfaat akan diberikan kepada peserta, waris atau gantian harta.
contract of takafulakad takafulEkonomiEkonomi IslamAkad antara peserta takaful dengan syarikat pengendali takaful yang membolehkan pihak terbabit berkongsi keuntungan dan saling menjamin atau saling memelihara dalam menghadapi musibah. Akad ini mengandungi akad mudarabah dan tabaruk yang dikendalikan oleh syarikat pengendali takaful. Hal ini bermakna peserta yang menyertai pelan dan skim takaful akan menyumbangkan caruman takaful untuk tujuan pelaburan dan membantu antara satu sama lain.
depressiondepresi/kemurunganPerubatanTiadaKeadaan mental yang mempunyai ciri seperti perasaan sedih dan putus asa serta gangguan terhadap aktiviti harian. Keadaan ini merupakan tindak balas mental yang normal terhadap sesuatu musibah atau merupakan penyakit jiwa sekiranya teruk dan berpanjangan.
donationtabarru’EkonomiEkonomi IslamTindakan memberi derma, sumbangan, hadiah atau membuat kebajikan secara sukarela dalam kalangan peserta takaful. HaI ini bermakna, peserta takaful bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada carumannya untuk tujuan tabarru’. Bahagian caruman yang disumbangkan untuk tujuan ini akan ditentukan oleh aktuari berdasarkan kebarangkalian berlakunya musibah. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun khas peserta yang diuruskan oleh syarikat pengendali takaful untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Baki akaun peserta khas yang belum digunakan akan dilaburkan untuk sementara waktu bagi mendatangkan keuntungan supaya nilai wang tabarru’ tersebut dapat ditingkatkan.
haqq jiwarhak jiranPerniagaan IslamTiadaKekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti terhadap jiran. Contohnya, kawasan perumahan teres, kediaman bertingkat atau kawasan perindustrian yang berhampiran dengan kawasan kediaman. Perlindungan daripada ditimpa kemudaratan ialah hak jiran dan sekiranya berlaku musibah, pihak yang mengalami kerugian berhak menuntut ganti rugi.
takafulable riskrisiko boleh takafulEkonomiEkonomi IslamRisiko yang boleh diterima oleh pengendali takaful untuk dilindungi melalui mana-mana skim atau pelan takaful. Risiko ini boleh diukur dengan tepat mengikut kaedah aktuari serta mempunyai kebarangkalian nilai kerugian yang rendah. Pengendali takaful mempunyai had risiko yang boleh ditanggung atau had bendungan terhadap sesuatu musibah yang perlu dilindungi. Risiko yang lebih rendah daripada had bendungan sahaja yang layak dan boleh ditakafulkan. Tujuan menerima risiko di bawah had bendungan adalah untuk memastikan supaya pengendali takaful mampu membayar nilai kerugian yang dialami oleh peserta.

Kembali ke atas