Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, meng­anggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.ta.hil] | مستحيل

Definisi : tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tidak mungkin, tidak boleh jadi, tidak masuk akal, tidak munasabah, bukan-bukan, tidak-tidak, ganjil-ganjil, tidak beralasan, muhal, lengkara;,

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(25)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impossiblemustahilUndang-undangTiadaTiada
incrediblemustahilSejarahTiadaTiada
impossible eventperistiwa mustahilFizikTiadaTiada
impossible eventperistiwa mustahilMatematikTiadaTiada
highly unlikelyhampir mustahilMatematikTiadaTiada
absurditykeabsurdanKesusasteraanTiadaKemusykilan atau keadaan yang mustahil.
trickelatKomunikasiTiadaTeknik ambilan kamera yang memperlihatkan adegan yang mustahil melalui kaedah manipulasi kamera.
certain (in probability)pasti (dalam kebarangkalian)MatematikTiadaSifat yang berlawanan dengan mustahil dan kebarangkalian berlakunya ialah 1.
المتواترḤadīth mutawātirAgama IslamHadithḤadīth yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi yang ramai di setiap peringkat, mustahil pada kebiasaannya mereka bermuafakat melakukan dusta.
Heisenberg uncertainty principleprinsip ketakpastian HeinsenbergFarmasiTiadaPrinsip yang menyatkana bahawa momentum dan kedudukan zarah seperti elektron mustahil dapat diukur dengan tepat. Ketakpastian ini tidak mempunyai kaitan dengan ralat dalam alat pengukuran atau ralat yang dihasilkan oleh pencerap, tetapi timbul daripada kenyataan bahawa zarah juga mempunyai perlakuan seperti perlakuan gelombang dan mengganggu sistem dengan cara yang tidak dapat diramalkan.
12

Kembali ke atas