Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Latin) (Udg) dgn membuat perubahan yg sewajarnya tanpa menjejaskan fakta utama (dlm membandingkan kes). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutatis mutandis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutatis mutandismutatis mutandisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerubahan atau pindaan yang perlu dilakukan terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, apabila sesuatu perkara yang umumnya serupa berulang, maka pindaan dibuat (jika perlu) pada nama, jabatan dan sebagainya tanpa menjejaskan maksud utama. Contohnya, Konvensyen Undang-Undang Laut PBB yang memperuntukkan hak mengejar dan memburu kepada negara pantai apabila berlaku perlanggaran undang-undang oleh kapal asing di kawasan perairan pedalaman, laut wilayah atau zon berdampingan negara berkenaan. Peruntukan ini terpakai mutatis mutandis kepada perlanggaran undang-undang di zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua, yakni negara pantai mempunyai hak mengejar dan memburu kapal asing yang melanggar undang-undang di zon eksklusif atau pelantar benua negara berkenaan. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �perubahan perlu atau perubahan sewajarnya�.
mutatis mutandismutatis mutandisUndang-undangTiadaTiada

Kembali ke atas