mutatis mutandis | mutatis mutandis | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perubahan atau pindaan yang perlu dilakukan terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, apabila sesuatu perkara yang umumnya serupa berulang, maka pindaan dibuat (jika perlu) pada nama, jabatan dan sebagainya tanpa menjejaskan maksud utama. Contohnya, Konvensyen Undang-Undang Laut PBB yang memperuntukkan hak mengejar dan memburu kepada negara pantai apabila berlaku perlanggaran undang-undang oleh kapal asing di kawasan perairan pedalaman, laut wilayah atau zon berdampingan negara berkenaan. Peruntukan ini terpakai mutatis mutandis kepada perlanggaran undang-undang di zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua, yakni negara pantai mempunyai hak mengejar dan memburu kapal asing yang melanggar undang-undang di zon eksklusif atau pelantar benua negara berkenaan. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �perubahan perlu atau perubahan sewajarnya�. |
mutatis mutandis | mutatis mutandis | Undang-undang | Tiada | Tiada |