quality maintenance | pengekalan mutu, penyenggaraan mutu | Veterinar | Tiada | Tiada |
software quality assurance | jaminan mutu perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah untuk memantau proses kejuruteraan perisian dan teknik yang digunakan bagi memastikan mutu perisian sentiasa terpelihara. Salah satu pendekatan yang biasa digunakan adalah menerusi pengauditan sistem jaminan mutu yang menyelia pembangunan perisian. Pengauditan ini dilaksanakan mengikut piawaian ISO 9000 atau Model Kematangan Keupayaan (CMM). Di Malaysia, aspek jaminan mutu keselamatan perisian mengikut piawaian Kriteria Umum Malaysia (MyCC). Jaminan mutu perisian tidak sama dengan kawalan mutu perisian yang lebih mementingkan aspek dokumentasi keperluan dan pengujian perisian. Dengan kata lain, jaminan mutu perisian memantau proses, manakala kawalan mutu perisian lebih menjurus kepada mutu produk. |
sampling method | kaedah pensampelan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kaedah pengambilan sebahagian hasil pengeluaran bahan mentah daripada sesuatu lot atau populasi bagi tujuan mengetahui tahap mutu, konsistensi mutu, kadar kecacatan dan sebagainya. Jenis kaedah pensampelan yang digunakan bergantung kepada tujuan, sifat produk yang diuji, tahap kepentingan pengujian dan ciri populasi yang hendak diperiksa. |
quality control circle (QCC) | kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM. |
fibre quality index | indeks mutu gentian/indeks mutu serat | Kesenian | Tiada | Tiada |
seed quality | mutu biji benih | Pertanian | Agronomi | Ciri biji benih dari segi genetik dan fisiologi. Kualiti genetik menentukan kualiti biji benih terpelihara dari segi ketulenan baka. Dari segi fisiologi, mutu biji benih menentukan daya percambahan dan tumbesaran yang sempurna. Mutu biji benih ditentukan dengan ujian ketulenan dan ujian percambahan. |
archival quality | mutu arkib | Perpustakaan | Tiada | Mutu cetakan atau filem yang dikekalkan ciri-cirinya, walaupun dalam jangkamasa penyimpanan yang lama, di bawah keadaan terkawal. |
software quality | mutu perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Ukuran mutu sesuatu perisian dari segi reka bentuk dan kepatuhan spesifikasi reka bentuk yang dikehendaki. Contoh ukuran ini ialah kebolehgunaan, keselamatan, kebolehselenggaraan dan kecekapan perisian. Contoh aspek kebolehgunaan merangkumi antara muka pengguna grafik bagi memudahkan pengguna menggunakan perisian, manakala aspek keselamatan pula meliputi kerahsiaan, keutuhan dan kebolehsediaan perisian tersebut. |
quality control | kawalan mutu | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah, tindakan dan peraturan yang dibuat ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan untuk menjamin piawaian yang standard dipenuhi. Kawalan mutu merangkumi beberapa aspek utama seperti memastikan produk yang tinggi mutunya, pengawasan dan pemantauan yang rapi, ciri-ciri pembungkusan yang menarik, pengagihan produk yang cekap, bersih, serta menepati masa, kecekapan menyediakan perkhidmatan dan keterbukaan menerima maklum balas. Kawalan ini penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberi kepuasan kepada para pengguna atau pelanggan, di samping membentuk imej organisasi yang kukuh dan cemerlang. Kawalan mutu yang berkesan bukan sahaja dapat memberikan pulangan yang baik tetapi juga dapat memastikan kekukuhan dan kemantapan organisasi. |
totaol quality control | kawalan mutu menyeluruh | Pentadbiran | Tiada | Strategi organisasi yang menjadikan mutu sebagai tanggungjawab semua pekerja. |