Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Nabat merupakan rekorder yang diperbuat daripada buluh. Tiub buluh berbentuk silinder atau kon mempunyai tujuh lubang jari dan satu lubang untuk ibu jari. Nabat ditiup pada pangkal dan digunakan untuk memainkan repertoir melodi tertentu yang berhubung kait dengan cerita suku kaum Jah Hut. Alat muzik ini dimainkan oleh suku kaum Jan Hut di Pahang.
Thanks for clicking. That felt good.