pulse deficit | defisit nadi | Perubatan | Tiada | Jurang perbezaan antara nadi apeks yang lebih tinggi daripada nadi radius. |
collapsing pulse | nadi melenyap | Perubatan | Tiada | Nadi yang menaik dan menurun dengan pantas, seperti yang berlaku dalam regurgitasi aorta. Sin: nadi Corringan |
pulse sites | tapak nadi | Perubatan | Tiada | Tempat nadi dapat dirasa seperti di temporal, karotid, apikal, brakial, femoral, radial, popliteal dan dorsalis pedis. |
pulse rate | kadar nadi | Perubatan | Tiada | Bilangan nadi per minit yang merupakan bilangan denyutan jantung. Biasanya kadar bagi individu dewasa menjulat dari 50 hingga ke 100. |
pulse | denyut; kekacang; nadi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 3. Nadi: Turutan gelombang-gelombang di dalam suatu arteri disebabkan oleh pengecutan ventrikel kiri dan yang sepadan dengan kadar denyut jantung.,4. Kekacang: Sejenis tumbuhan yang mempunyai buah berbiji-biji, biasanya jenis memanjat, boleh dijadikan biji benih dan boleh dimakan. |
pulse deficit | defisit nadi | Perubatan | Tiada | Kekurangan kadar nadi yang dikesan pada arteri periferi berbanding dengan yang dikesan pada apeks jantung, akibat kekurangan isi padu lejang (stroke volume) dari ventrikel. Keadaan ini merupakan ciri fibrilasi atrium. |
Corrigan�s pulse | nadi Corrigan | Perubatan | Tiada | Lihat nadi melenyap. |
pulsus alternans | pulsus alternans | Perubatan | Tiada | Denyutan nadi kuat yang bersilih ganti dengan denyutan nadi lemah tanpa perubahan frekuensi kitar. |
acebutolol | asebutolol | Kimia | Forensik | Nama dagang, Sectral. Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, angina, dan nadi jantung tidak seragam. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pesakit lelah, atau pesakit yang mengalami kegagalan jantung, atau penyakit kardiovaskular. Kesan sampingan nya termasuk nadi jantung yang periahan, angin, sakit kaki, loya, sakit kepala, ruam kulit dan rasa pitam. |
oleander poisoning | keracunan oleander | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan tumbuhan beracun Nerium oleander yang mengandungi oleandrin. Tanda utama keracunan ialah muntah dan nadi tak seragam. Keracunan akut dan kronik akibat pengingesan menyebabkan sakit kepala, loya dan muntah, cirit-birit, rabun penglihatan, kurang ketajaman penglihatan, delirium, nadi perlahan atau tak seragam, tekanan darah turun, aberasi penglihatan warna, dan akhirnya mati. |