Internal conflict | konflik dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Pergelutan kejiwaan watak dengan dirinya sendiri yang terdapat dalam sesebuah naratif atau drama. Pergelutan ini berlaku dalam fikiran watak tersebut, seperti antara kemahuan nafsunya dengan bisikan hati nuraninya. Contoh dalam sastera Melayu ialah dilema watak Lokman dalam novel Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga konflik. |
castration complex | kompleks kembirian | Kesusasteraan | Tiada | Teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan |