Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cycle storycerita kitaranKesusasteraanTiadaCerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
anti-science fictionfiksyen antisainsKesusasteraanTiadaFiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces.
fixed resistanceperintang tetapTeknikElektrikPerintang yang mempunyai nilai yang tidak boleh diubah-ubah. Namun begitu perubahan mungkin berlaku disebabkan oleh faktor seperti suhu, bahan atau arus, tetapi bukan disebabkan oleh perubahan langsung perintang itu.
tacit knowledgepengetahuan tersiratPengurusanPerancanganPerkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu.
formbentukKesusasteraanTiadaPrinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen.
packagebungkusan; padatan; pakej; pukalKejuruteraanTiada2. Atur cara yang ditulis untuk kegunaan yang umum dan meluas, namun kebergunaannya tidak terjejas oleh masalah data atau organisasi seseorang pengguna yang tertentu.
mal ghair mustaghallahharta tak produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang tidak mendatangkan hasil serta tidak ditaksirkan zakat namun masih lagi mempunyai nilai dan boleh dijual, seperti bangunan usang, tanah gersang atau kilang yang tidak beroperasi. Harta sedemikian boleh bertukar menjadi harta yang produktif sekiranya diusahakan. Banding mal mustaghallah.
aspergillusaspergilusMakanan dan PemakananTeknologi MakananKulat yang terdapat dengan meluas yang kebanyakannya merosakkan makanan seperti kumpulan A. glaucus dan A. repens. Namun begitu, sesetengah spesiesnya pula diperlukan dalam pengeluaran makanan seperti A. niger dalam pengeluaran asid sitrik.
plain textteks biasaTeknologi MaklumatTiada1. Data tekstual dalam format ASCII. Format yang paling mudah dipindah-pindah ke semua aplikasi dan mesin. Namun agak terhad dari segi penggunaan kerana tidak mengandungi arahan-arahan untuk menformat. 2. Dalam kriptografi, teks biasa merujuk kepada mesej yang tidak disulitkan. Teks biasa yang telah disulitkan dipanggil teks sifer. Teks biasa juga dipanggil teks jelas. Lihat teks jelas, teks sifer, kriptografi
superbugsuperpepijatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat velum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisme tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh menyebabkan vaksin yang dikeluarkan untuk superpepijat hanya berguna untuk jangka masa yang singkat sahaja, iaitu sehingga superpepijat tersebut berubah bentuknya sekali lagi.
12345678910...

Kembali ke atas