pineapple fibre | gentian nanas/serat nanas | Kesenian | Tiada | Tiada |
duri nanas(Mel.) | duri nanas(Mel.) | Kesenian | Tiada | Corak ukiran berunsur tumbuhan berbentuk duri daun nanas. |
pineapple stitch | jahit nanas | Kesenian | Tiada | Jahit kait yang menghasilkan corak mata nanas atau buah nanas. |
jurai nanas | jurai nanas | Kesenian | Tiada | Kaedah memotong kayu mengikut ira bertujuan mengukuhkan kayu. |
bunga nanas(Baj., Sam.) | bunga nanas(Baj., Sam) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga nanas, lazimnya terdapat pada senjata tradisional. |
maltese cross | jahit mata nanas | Kesenian | Tiada | 1. Jahit mata nanas: Jahit hias yang berlatar belakang variasi jahit silang pangkah yang dijahit sisip di atasnya. |
Broken core (pineapple) | Pecah empulur (nanas) | Pertanian | Agronomi | Kerosakan bahagian tengah atau empulur buah nanas yang disebabkan oleh jambul yang terlalu berat atau kerosakan semasa mengutip buah di ladang. Pecah empulur yang berlaku kepada buah yang masih belum dipetik, menyebabkan bahagian atas buah lebih cepat masak berbanding bahagian bawah. Pecah empulur selepas tuaian juga menyebabkan jangkitan penyakit semasa tempoh penyimpanan atau pengangkutan. |
pineapple disease | penyakit nanas | Biologi | Patologi | Penyakit pada tebu yang disebabkan oleh kulat Ceratocystis paradoxa. Gejalanya utamanya ialah batang busuk, terutama sekali berdekatan dengan ruas. Jika dibelah, bahagian ini nampak berwarna ungu, dan berbau seperti buah nanas masak, kerana penghasilan etil asetat. |
Sulur | Sucker | Pertanian | Tiada | Pucuk yang keluar dari mata tunas sisi di pangkal batang atau akar di bawah aras tanah. Mata tunas pucuk ini tumbuh panjang ke atas untuk menghasilkan tumbuhan yang baru contohnya sulur pokok pisang dan pokok nanas. Sulur sisi pada nanas disebut sulur udara, manakala sulur di bawah aras tanah disebut sulur bumi. Pada pokok pisang pula terdapat sulur pedang dan sulur air. |
crop remains | sisa tanaman | Pertanian | Agronomi | Baki bahan tanaman setelah tanaman dituai. Contohnya, bagi tanaman tebu, sisa tanamannya ialah hampas batang dan daun yang tinggal setelah batang tebu diperah gulanya. Bagi tanaman nanas pula, sisa tanamannya terdiri daripada kulit dan daun nanas yang tinggal setelah buah nanas dikupas untuk ditinkan. Sisa tanaman kelapa sawit termasuk hampas isirung kelapa sawit dan tandan kosong setelah minyak kelapa sawit diperah daripada buahnya. Walaupun sisa tanaman biasanya dianggap sebagai bahan buangan, sisa tanaman dapat dimanfaatkan untuk dijadikan makanan ternakan atau baja kompos. Hampas isirung kelapa sawit kini digunakan sebagai makanan ternakan ruminan secara fidlot dan dieksport sebagai makanan ternakan. |