Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. waktu yg akan datang, masa ke­mudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adu­kan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau me­nyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 waktu yg akan datang; kemudian; kelak: Apabila saya besar ~, saya hendak menjadi doktor. 2 kalau tidak; jika tidak: Baik engkau pergi sekarang juga, ~ ketinggalan bas. 3 tentu; nescaya: ~ marah ia kalau engkau tidak meminta maaf kpdnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanti I

Puisi
 

Rumah buruk pintu sembilan,
     Nanti roboh tidakkan roboh;
Laksana pungguk rindukan bulan,
     Nanti jatuh tidakkan jatuh.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Kubur kata mari,
     rumah kata nanti.

Bermaksud :

Orang yang sudah lanjut usianya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hold instructionsuruhan nantiKomputerTiadaTiada
waiting on cementnanti simenKejuruteraanPetroleumMasa operasi penggerudian atau operasi pelengkapan ditangguhkan untuk menunggu simen di dalam telaga mengeras secukupnya.
pilot plantloji perintisKejuruteraanTiadaVersi kecil bagi logi industri yang dirancang, dibina untuk mendapatkan pengalaman bagi mengendalikan loji sebenar nanti.
netcentricnetsentrikTeknologi MaklumatTiadaSyarikat yang menggunakan teknologi Internet dan wujud dalam web untuk mengembangkan usaha perniagaannya. Sesetengah syarikat netsentrik mencipta teknologi Internet untuk syarikat lain. Adalah dijangkakan bahawa pada satu masa nanti, semua syarikat akan menjadi syarikat Internet. Lihat juga websentrik
kafalah mudfahjaminan tertakluk masa hadapanPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah.
crop rotationpergiliran tanamanBiologiPatologiKaedah bercucuk tanam (berkultur), iaitu menggantikan satu jenis tanaman dengan jenis tanaman lain yang tidak mempunyai hubungan botani yang erat. Salah satu tujuan kaedah ini, ialah supaya tanaman yang akan ditanam itu nanti tidak parah diserang oleh penyakit, kerana penyakit yang menyerang tanaman terdahulu berbeza dengan penyakit tanaman penggilir.

Kembali ke atas