network attached storage array (NAS) | tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS) | Teknologi Maklumat | Perisian | Storan data komputer yang dihubungkan kepada satu rangkaian komputer yang menyediakan capaian data kepada pelanggan rangkaian yang sedia ada. Tujuan utama NAS adalah untuk menyediakan perkhidmatan perkongsian storan data berasaskan fail kepada peranti lain pada rangkaian. Selain perkhidmatan storan data, sistem pengendali dan perisian dalam NAS menyediakan perkhidmatan seperti sistem fail, capaian fail dan pengurusan kesemua perkhidmatan yang sedia ada. Storan ini bukan direka bentuk untuk melakukan tugas pengkomputeran pelbagai guna kerana ia tidak mempunyai papan kekunci atau paparan, tetapi dikawal selia dan dihubungkan pada rangkaian melalui konfigurasi alamat rangkaian pada pelayar. Alternatif lain penggunaan storan pada rangkaian selain NAS adalah dengan menggunakan komputer sebagai pelayan fail. |
NAS (network attached storage) | NAS (storan sambung rangkaian) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis pelayan yang khusus untuk penyimpanan fail berkongsi sahaja. |
نص | naṣ | Agama Islam | Hadith | lihat: المتن |
روى عنه الناس | rawa ‘anhu al-nas | Agama Islam | Hadith | lihat: محله الصدق |
المتن | matan | Agama Islam | Hadith | Nas yang terdapat di akhir sanad. |
المتصل | Ḥadīth muttaṣil | Agama Islam | Hadith | Nas yang mempunyai sanad yang berhubung. |
direct attached storage (DAS) | storan terhubung terus | Teknologi Maklumat | Perisian | Storan yang dihubungkan secara terus kepada pelayan atau stesen kerja tanpa menggunakan rangkaian storan di antaranya. Storan ini berbeza dengan SAN atau NAS kerana kedua-duanya memerlukan storan yang dihubungkan dalam satu rangkaian. Protokol yang digunakan dalam DAS ialah antara muka sistem komputer kecil (SCSI), SCSI terhubung bersiri (SAS) dan saluran gentian. Sistem DAS biasanya terdiri daripada beberapa pemacu cakera keras dan pengawal. Antara muka pelayan dan stesen kerja dilakukan melalui hos penyesuai bas (HBA). Kelemahan sistem ini adalah ketidakupayaannya untuk berkongsi data atau sumber dengan pelayan lain. |
disk array | tatasusunan cakera | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem storan yang mengandungi beberapa pemacu cakera. Tatasusunan ini mempunyai ingatan cache dan kefungsian yang tinggi. Komponen dalam tatasusunan cakera ini termasuklah pengawal tatasusunan cakera, ingatan cache dan bekalan kuasa. Tatasusunan ini meningkatkan kewujudan, kekekalan dan kebolehpercayaan data. Tatasusunan cakera ini biasanya dibahagikan kepada lima kategori, iaitu tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS), tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN) bermodul, tatasusunan monolitik, kemayaan storan dan utiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN). |