Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néo.kla.sis.me] | نيوکلاسيسمى

Definisi : (néoklasisme) (S.Lukis) gaya seni lukis Eropah hujung abad kelapan belas yg cenderung kpd unsur-unsur klasik Yunani dan Rumawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neoklasisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neo-classicismneoklasismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme.
twentieth century musicmuzik abad ke-20MuzikTiada

 Zaman muzik pada abad ke-20 yang merangkumi gaya impresionisme, nasionalisme, ekspresionisme, atonal, muzik dodekafon, neoklasisme, serialisme, muzik aleatori, musique concrete, muzik mikroton, total serialisme, minimalisme dan muzik berintegrasi teknologi komputer. Muzik abad ke-20 biasanya melibatkan pengaruh muzik rakyat dan estetik seni muzik dunia seperti Asia dan Afrika. Alat bukan muzik seperti mesin taip, siren dan penjana elektrik digunakan oleh komposer untuk menghasilkan bunyi dalam gubahan mereka. Debussy, Stravinsky, Schoenberg, Berg, Webern, George Crumb, John Cage, Steve Reich, Takemitzu dan Ligheti adalah antara komposer abad ke-20 yang terke

romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be

Kembali ke atas