Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata netherlands


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Netherlands SchoolNetherlands (kumpulan)MuzikTiada

Sekumpulan komposer Belanda yang amat aktif di Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman pada abad ke-15 dan abad ke-16. Kumpulan Netherlands dibahagikan kepada tiga cawangan yang diketuai oleh Dufay (sekitar tahun 1397-1474), Ockeghem (sekitar tahun 1420 -1497) dan Josquin Des Pres (sekitar tahun 1450-1521). Cawangan pertama dikenali sebagai kum­pulan Burgundi atau Burgundian School, cawangan kedua dan ketiga dikenali sebagai kumpulan Flemish atau Flemish School.<

holland (material)holland (kain)Pentadbiran PerniagaanTiadaLinen untuk baju kemeja pada zaman dahulu buatan Netherlands.
Flemish SchoolFlemish (kumpulan)MuzikTiada

 Generasi komposer kumpulan Netherlands kedua pada Zaman Pembaharuan. Komposer utama antaranya terdiri daripada Ockeghem (lebih kurang tahun 1420-1497), Obrecht (lebih kurang tahun (1457/1458-1505), Heinrich Isac (lebih kurang tahun 1450-1517), Josquin Des Prés (lebih kurang tahun 1450-1521) dan Willaert (lebih kurang tahun 1490-1562). Karya komposer kumputan Flemish bertekstur polifoni tiruan, iaitu tekstur yang berdasarkan baris melodi yang meniru antara satu dengan yang lain. Bentuk utama antaranya ialah motetus, missa, chanson, madrigal dan lied. Kumpulan Netherlands terdiri daripada kumpulan Burgundi dan kum­pulan Flemish. Lihat Franco-Flemish

Burgundian SchoolBurgundi (kumpulan)MuzikTiada

 Aliran seni muzik yang diketuai oleh sekumpulan pencipta muzik Perancis dan Belanda pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pencipta muzik berkait rapat dengan beberapa orang Duke Burgundi. Burgundi ialah kumpulan pertama yang berasal daripada kumpulan Netherlands. Kumpulan Burgundi antaranya diketuai oleh Dufay (1400-1474). Binchois (1400-1460) dan Busnois (1430-1492). Karya utama termasuk chanson dan rondeau. Lihat juga Netherlands (kumpulan), Flemish (kumpulan).

RenaissanceZaman PembaharuanMuzikTiada

Zaman gaya muzik antara tahun 1450-1600. Karya vokal seperti missa, motetus dan madrigal yang bertekstur polifoni merupakan genre muzik utama pada zaman ini. Komposer utama adalah seperti Dufay (sekitar tahun 1397-1474), Ockeghem (sekitar tahun 1420-1497), Josquin Des Pres (sekitar tahun 1450-1521) dan Willaert (sekitar tahun 1490-1562) daripada Kumpulan Netherlands. Zaman ini juga merupa­kan era kegemilangan karya madrigal. Komposer madrigal utama adalah seperti Monteverdi (1567-1643), Marenzio (1553/1554-1599) dan Gesualdo (sekitar tahun 1561-1613). Muzik keyboard oleh komposer virginal Inggeris merupakan muzik instrumental yang penting.


Kembali ke atas